sydeen's photography
banner-fp2
By: sydeen Personel photoblog

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 12-Aug-2006 05:45 Email | Share | Bookmark
NOSTALGIA 1978

BERSAMA CIKGU HASHIM


Dari Kiri Cangkung: Izah, Zaleha, Ani, Zaiton, Norizan, Normah dan Wati
Dari Kiri Berdiri: Cikgu Hashim, Fauzi, Nasir, Saidin, Rozi, Nazir, Mamat & Osman.

Pertama kali aku tengok gambar ni sejak ia hilang dari pandangan entah bila, terkedu
aku...huhuhu..sayu bercampur sedih kerana macam-macam bermain dalam kepala otak ni mengenangkan zaman persekolahan dulu.


SAMBIL BACA LAYAN LAGU HINDI BEST GAK...

Pada Januari 1977, bermula lah kehidupan aku sebagai seorang pelajar yang mana sebelum ini aku pun aku tak sedar apa yang berlaku sebenarnya dari sekolah rendah hinggalah ke tingkat satu. Bila sedar jer aku dah masuk darjah satu di Sek Keb Gondang, Marang Terengganu. Kini baru kusedar bahawa bertapa perlu dibuat catatan untuk pembacaan oleh generasi kita seterusnya untuk mengentahui bagaimanakah susahnya zaman mak ayah mereka.

Satu kelas hanya 14 orang sahaja iaitu 7 lelaki dan 7 perempuan manakala guru kelas pada ketika itu ialah Cikgu Razak. Masih muda orangnya tapi sayang kerana tidak sempat bergambar dengannya.

Sebenarnya tidak banyak perkara yang aku ingat semasa diawal persekolahan dahulu kerana ketika itu hanya fikirkan untuk bermain dan kesusahan untuk menghadapi susana pembelajaran. Jarak antara sekolah dengan rumah dalam 4 kilometer dan hanya berjalan kaki ke sekolah tetapi kekadang dengan basikal yang merupakan kenderaan eklusif pada ketika itu. Aku masih bernasib baik kerana seorang lagi anak saudara aku iaitu Izah ada bersama untuk dijadikan teman berjalan kaki untuk ke sekolah. Walaupun jarak perjalanan agak jauh untuk ke sekolah tetapi ia tidak menjadi masalah pada ketika itu kerana ia perkara biasa dan ada sesetengah tu berjalan kaki lebih jauh atas sesuatu urusan…



Suasana persekolahan boleh diumpamakan seperti berada di pendalaman Sabah dan Sarawak kerana keadaan bentuk bangunan sekolah yang dibuat dari kayu, berpakai seluar pendek dan berkasut getah sahaja. Untungnya kasut getah ini boleh dibasuh pada bila-bila masa kerana ia mudah dikeringkan. Bila tiba waktu rehat permainan kami seakan tinggal di kampung kerana sudah pasti pakaian akan comot bila menjelang tengahari. Apa tidaknya ketika itu bukannya pentingkan kebersihan diri sebab budak kampung, begitu lah seadanya.

Bila kami melangkah ke darjah empat (kalau tak silap) seorang guru yang baru bertukar ke sekolah kami iaitu Cikgu Kamarulzahari yang telah memperkenalkan berbagai pembaharuan seperti berseluar panjang bagi lelaki, bersetokin, baju masuk dalam seluar dan sukan ragbi. Kami amat seronok dengan pembaharuan ini dan ada suatu ketika cikgu telah membawa kami untuk lawatan sambil belajar ke Kota Bahru, Kelantan. Yang aku ingat hanyalah kami berhenti rehat di Pantai Sabak, yang lain tak ingat. Satu lagi ialah sukan sekolah yang selama ini hanya kami dengar sahaja sekolah-sekolah lain yang anjurkan tetapi Cikgu Kamal telah memperkenal di sekolah kami.



Pada 1982 kami melangkah ke tingkatan satu di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Sawa 12 kilometer dari sekolah rendah kami. Dari situ aku terdedah dengan lebih ramai kawan dan fikiran lebih terbuka.


Bersambung..



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net