sydeen's photography
banner-fp2
By: sydeen Personel photoblog

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 26-May-2013 08:33 Email | Share | Bookmark
Nature

Nature atau alam semulajadi memberi makna agak umum bagi kita. Ia termasuklah haiwan, serangga, landskap, air terjun dan tumbuha-tumbuhan. Jika nak dibandingkan dengan gambar yang dihasilkan di luar negara bercuaca sederhana, negera kita ni agak terhad. Jadi seorang jurugambar perlu pandai subjek, masa dan komposisi supaya ia setanding dengan gambar yang dihasilkan di New Zealand atau Switzerland.

Jika di negera mereka, mereka boleh berbangga dengan langit yang sentiasa membiru, gunung ganang yang cantik bersalji tapi apa yang ada kat Malaysia? Kita juga boleh hasilkan gambar nature yang cantik berbentuk macro, hidupan liar dan sunrise. Jadi setiap tempat ada kelebihan tersendiri. Jurugambar kena kreatif untuk hasilkan gambar yang baik, setanding dengan jurugambar luar negara.



Perkara yang membuatkan sesuatu gambar kelihatan cantik ialah warnanya yang pelbagai dan kontras, bersih dan tidak berserabut. Selain itu komposisi dan pencahayaan yang betul menambahkan seri gambar berkenaan. Yang penting, kita dapat apa yang kita nak.

Bila merakam gambar burung, sesorang jurugambar memerlukan lensa yang sesuai dan boleh dirakam dari kedudukan jauh. Sebagai contoh lensa 200mm sesuai untuk merakam burung dalam zoo atau sangkar. Jika di luar lensa 600mm ke atas diperlukan kerana burung akan lari jika didekati dan imej perlu dibesarkan semaksimun mungkin di atas sensor.



Lens yang berfokal besar ini juga dapat memberi bokeh yang baik sebab latar belakang yang semak dan berserabut akan menggangu subjek utama. Jadi ia hendaklah dikaburkan dengan bukaan aperture dan fokal lensa yang besar. Bila menggunakan lensa 200mm ke atas, tripod atau monopod mesti digunakan bila tangan tidak mampu menanggung berat lens. Jika tidak gambar akan blur kerana tangan kepenatan. Ingat moment yang dirakam tidak akan berulang, jadi ia adalah penting bagi anda, buat sebaik mungkin. Jika tidak anda akan menyesal kerana kerja sambil lewa dengan hasil yang mengecewakan.



Untuk merakam gambar burung, seorang jurugambar yang baik sepatutnya tahu memilih setting yang sesuai pada kameranya bagi mendapat hasil yang optimun. Kalau boleh, jangan gunakan mode manual kerana ia melambatkan pergerakan. Gunakan continuous shooting mode (burst mode) supaya dapat merakam banyak frame gambar yang sama. Dalam banyak frame ini kita boleh pilih yang terbaik sahaja.

Setting lain ialah pastikan fail gambar dalam RAW kerana kita dapat membuat post proses (edit dalam photoshop) untuk mendapatkan hasil yang diperlukan. Format RAW juga dapat menyelamatkan gambar yang tidak boleh dalam JPEG. Antaranya tentang highlight, exposure dan warna yang betul (white balance).



Seperti yang kita ketahui bahawa noise (dalam filem dipanggil grain) merupakan musuh utama dalam penghasilan digital, jadi elakkan penggunaan iso yang tinggi. Iso di bawah 400 adalah sesuai bila melibatkan pencahayaan yang tidak sekata. Jika ia tidak dapat dielakkan, gunakan perisian noise remover (sekadar perlu) sahaja semasa post proses dengan Photoshop.



bersambung


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net