sydeen's photography
banner-fp2
By: sydeen Personel photoblog

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 3-Feb-2013 07:41 Email | Share | Bookmark
STOCK FOTOGRAFI [BAHAGIAN-2]

Bagaimana Nak Bermula
Sejak kebelakangan ini ramai telah mendengar mengenai stockphotografi tapi kebanyakkannya masih kabur dan tercari-cari bagaimana nak bermula. Ramai juga beranggapan bahawa stockphoto ini adalah bagi mereka yang bergelar profesional sahaja dengan peralatan yang mahal dan lens khas diperlukan. Adakah ianya benar?


Untuk makluman hampir kesemua mereka yang aktif dalam stockphoto adalah separuh masa (partime) dan mereka mempunyai pekerjaan tetap. Oleh kerana bidang ini agak baru di Malaysia adalah dianggarkan bahawa jumlahnya hanya sekitar seratus orang sahaja berbanding dengan peminat fotografi sehingga berpuluh ribu orang. Ini adalah kerana ramai diantara mereka masih mencari-cari sumber rujukan, bagaimana nak bermula.


Peralatan (kamera) Dan Aksesori
Kita biasa mendengar bahawa gambar yang baik dihasilkan oleh sebuah kamera yang baik tetapi kita lupa bahawa mereka yang berada di belakang kamera berkenaan adalah lebih baik. Dari pengentahuan dan pengalaman jurugambar berkenaan juga akan menentukan pemilihan kamera, lens, flash dan beberapa aksesori tambahan yang diperlukan. Pemilihan jenama pula bergantung kepada minat masing-masing, janji boleh menghasilkan gambar yang berkualiti.


Sebuah kamera dengan peralatan minima (kits lens) sudah memadai untuk memulakan kerjaya dalam stockphoto. Kebanyakan kamera digital kini mempunyai megapixel melebihi 10mp sedangkan saiz minima gambar yang diterima oleh kebanyakan agensi stockphoto hanyalah 4mp sahaja. Ada diantara penggiat stockphoto hanya menggunakan kamera PNS (kamera campact) sahaja kerana ia senang dan mudah dibawa. Yang penting hasilnya adalah setanding dengan sebuah kamera DSLR.

Peralatan lain yang perlu ada ialah tripod kerana ia banyak membantu untuk mendapatkan gambar yang sharp. Kadang-kadang kita selalu abaikan aksesori ini kerana beranggapan bahawa dengan kamera digital kita boleh mengambil gambar berulangkali tanpa melibatkan kos sepertimana kamera menggunakan filem. Perlu diingat bahawa setiap gambar yang berkualiti memerlukan persediaan yang rapi dan memakan masa. Oleh itu kerosakkan gambar disebabkan blur kerana kecuaian kita tidak menggunakan tripod adalah amat malang sekali. Ingat peluang untuk mengambil gambar hanya sekali, oleh itu buatlah yang terbaik.

Mentor Yang Baik
Biasanya jarang orang boleh belajar dan bekerja sendirian tanpa merujuk kepada orang lain atau meminta pandangan dari hasil kerjanya. Paling tidak pun mereka akan merujuk dengan buku atau website berkenaan fotografi. Belajar secara berkumplan akan mengujudkan persaingan yang sihat dan percambahan idea yang pelbagai. Jangan segan bertanya dan menunjukkan gambar untuk dinilai kepada rakan atau mentor. Setiap orang mempunyai pandangan dan idea yang berbeza walaupun untuk tujuan yang sama. Komen dari rakan akan memberi idea tambahan serta semangat untuk sentiasa menghasilkan gambar yang terbaik. Tidak salah kalau dikatakan “meniru adalah salah satu cara belajar” kerana dari menirulah semua orang belajar dan berkarya dengan sedikit pengubahsuaian. Walaupun kita meniru tetapi kita tetap akan menghasilkan gambar sendiri dan berbeza dengan gambar yang ditiru.

Banyak Melihat Gambar Yang Baik
Di zaman teknologi digital ini berjuta-juta gambar telah dimuat naik di internet dan alasan untuk berkata tidak pernah melihat gambar yang cantik tidak boleh diterima sama sekali. Dengan selalu melihat gambar yang cantik, kita boleh belajar bagaimana untuk dapatkan sudut yang baik, warna yang tepat dan setting yang betul pada kamera. Antara website yang memeparkan hasil fotografi yang baik ialah http://1x.com/, http://500px.com/, dan banyak lagi.

Keyword (kata kekunci)
Selain menghasilkan gambar yang baik, memasukkan kata kekunci terhadap sesuatu gambar berkenaan membuatkan mereka yang baru hendak bermula menjadi tawar hati kerana ia agak cerewek untuk orang baru.
Semestinya keyword itu hendaklah dalam bahasa Inggeris kerana ia bahasa global dan gambar kita boleh diakses dari seluruh dunia internet. Dengan keyword lah gambar kita dapat dicari oleh mereka yang memerlukannya melalui enjin pencari seperti google, yahoo dan sebagainya. Keyword hendaklah dimasukkan seawal gambar berkenaan diedit dalam photoshop lagi kerana data mengenai gambar berkenaan akan dikesan secara otomatik oleh enjin pencari nanti bila gambar dimuatnaik ke internet atau gallery stockphoto.

Langkah memasukan keyword adalah seperti berikut:
1- Bukak sekeping gambar dalam Photoshop
File > File Info.


2- Sila ke http://www.mykeyworder.com/index.php


3- Pilih keyword yang berkaitan dengan gambar SAHAJA.


4- Siap tiga bahagian berkenaan, klik OK dan save.

Selamat mencuba


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net