sydeen's photography
banner-fp2
By: sydeen Personel photoblog

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 9-Dec-2012 08:10 Email | Share | Bookmark
STOCK FOTOGRAFI [BAHAGIAN-1]

Pengenalan
Teknologi fotografi semakin maju dan rancak seiring dengan kemajuan lain-lain teknologi. Ia amat ketara selepas tahun 2000 dimana dua pengeluar kamera terbesar dunia dari Jepun iaitu Canon dan Nikon rancak memperkenalkan kamera digital mereka.


Peminat fotografi tidak perlu lagi melalui proses seperti membeli filem, memproses dan mencetak gambar yang diperlukan dan semestinya ia menjimatkan kos. Antara bidang yang menerima kesannya ialah agensi stockphoto atau bank simpanan gambar. Ketika di era filem (tradisional), agensi stockphoto mengeluarkan katelog berbentuk buku dan diedarkan kepada agensi yang memerlukan gambar. Gambar berkenaan perlu ditempah samada dalam bentuk cetakan atau format digital dimana filem negatif berkenaan perlu diimbas (scan) terlebih dahulu untuk ditukarkan kepada format digital. Jadi untuk mendapatkan gambar yang diperlukan, ia adalah mahal dan memakan masa.


Apa itu stock fotografi
Satu pengkalan data yang menyediakan imej untuk dijual kepada mereka yang memerlukan gambar-gambar berkenaan melalui dalam talian (online). Keadaan ini tidak lagi perlu mengupah seseorang jurugambar profesional untuk melaksanakan sesuatu tugasan fotografi manakala bagi seseorang pengamal fotografi, ia secara tidak langsung membuka ruang perniagaannya sendiri.

Syarikat Getty Images adalah antara pelopor dalam industri stockphoto secara tradisional iaitu seawal 1993 dan kini terus seiring dengan stockphoto agensi yang lain. Terdapat beberapa kategori gambar dalam stockphoto iaitu:


Macro stock: Harganya yang tinggi dan dijual terus bersama hakcipta (copyright)
Mid stock: Harganya sederhana antara micro dan macro stock
Micro stock: Harganya yang rendah dan biasanya berbentuk royalti (Royalty Free)

Setiap harga gambar adalah ditentukan berdasarkan saiz, keperluan, exklusif dan hakcipta. Macro dan Mid stock photography biasanya melibatkan para profesional dan sepenuh masa manakala Micro stock disertai oleh peminat fotografi (hobbyist). Walau bagaimanapun kategori Micro stock boleh membuat pilihan sendiri untuk bertukar kepada Macro stock.
Dengan adanya teknologi komputer, perisian dan internet proses penjualan gambar menjadi sangat mudah dan cepat. Boleh dikatakan dalam beberapa minit sahaja gambar yang diperlukan sudah berada ditalian dan sedia untuk melaui proses seterusnya.


Siapakah yang boleh terlibat dengan stockphoto? Jawapannya ialah sesiapa sahaja yang berminat dalam fotografi dan selagi hasilnya menepati piawaian sesuatu stockphoto agensi. Ada juga antara agensi stockphoto menetapkan supaya pembekal gambar stock (contributor) perlu melalui beberapa saringan untuk menjadi pembekal. Ini untuk mempastikan pembekal berkenaan adalah mereka yang betul-betul berkelayakan dan mahir dalam fotografi.

Apakah peralatan fotografi yang sesuai?
Satu perkataan yang agak popular diucapkan oleh seseorang jurugambar ialah “harga kamera tidak penting tapi yang paling penting siapakah yang berada di belakang kamera tersebut”. Dari kata-kata ini dapatlah kita buat kesimpulan bahawa walaupun harga kamera puluhan ribuan ringgit tapi kemahiran jurugambarnya tidak ada, hasilnya tetap teruk juga. Oleh itu gunakanlah apa jua jenis kamera sekali pun asalkan hasilnya menepati piawaian agensi stockphoto. Tahukah anda bahawa hasil dari kamera telefon pun boleh diterima asalkan hasilnya superb. Oleh itu kamera yang mempunyai satu lens (kit lens) sahaja dibantu dengan available light pun sudah memadai untuk menghasilkan gambar yang baik dan berkualiti.


Spesifikasi gambar.
Kebanyakan kamera digital sekarang mempunyai megapixel yang tinggi iaitu melebihi 10mp termasuk kamera telefon bimbit. Keperluan megapixel bagi setiap agensi stockphoto pun berbeza dan yang paling rendah ialah depositphoto iaitu 2.5mp. Walaupun keperluannya agak rendah dari kemampuan yang boleh dihasilkan oleh kamera sekarang, jurugambar digalakkan menghantar gambar dengan megapixel yang maksimun (high resolution) kerana saiz yang besar mempunyai permintaan dan harga yang baik.

Perlu diingat bahawa dalam proses menghasilkan gambar yang baik, jurugambar mesti mempunyai fikiran seperti seorang jurugrafik kerana biasanya gambar yang dibeli akan diolah semula mengikut kesesuaian pengguna. Pastikan gambar yang akan dihasilkan boleh dijual dan digunakan oleh orang lain. Jadi tidak semestinya gambar yang dihasilkan itu amat seni dan cantik oleh jurugambar dan diakui cantik juga oleh jurugrafik.


Gambar yang berpotensi terjual biasanya gambar yang susah dihasilkan dan mempunyai nilai komersial yang tinggi di pasaran kerana persaingan yang kurang dalam galeri setiap stockphoto. Sebagai contoh gambar dari pandangan udara (aerial photography) atau dari dalam air (under water). Gambar sedemikan memerlukan komitmen, kemahiran dan kos yang tinggi untuk dihasilkan. Boleh dikatakan gambar stock adalah hampir 'sempurna' dari kritikan negatif kerana ia mempunyai ciri-ciri vabrant color, low noise, shrapness, composition dan commercial value yang diperlukan pada sesuatu gambar.

Jadi jika anda mempunyai minat dan kemahiran mengambil gambar atau gambar yang mempunyai nilai komersial yang tinggi, jangan simpan dalam komputer sahaja atau sekadar upload ke fesbook untuk mendapat pujian. Ia seolah-olah membazir kerana sebenarnya minat anda itu boleh menghasilkan pendapatan sampingan yang agak lumayan jika kena caranya.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net