sydeen's photography
banner-fp2
By: sydeen Personel photoblog

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 12-Oct-2008 15:32 Email | Share | Bookmark
SELAMAT TINGGAL RAMADHAN 2008

Pejam celik, pejam celik Ramadhan dah berlalu disambut dengan Syawal yang seperti biasa meriahnya terutama kanak-kanak dan tidak semua orang dewasa. Setelah ianya berlalu baru ku sedar bahawa bertapa cepatnya masa berlalu dan semestinya usia kita meningkat setiap saat, hari, minggu dan tahun.

Adakah kita perasan atau sedar bahawa dunia kini bergerak amat pantas sehingga kita tidak mampu mengejarnya dan dalam kelekaan itu kita terlupa akan tanggungjawab sebenar kita dijadikan olehNya. Cukupkah bekal kita nanti untuk berhadapan dengan yang Maha Agung dengan soalan-soalan yang bakal ditanya nanti?

Insaf. Perkara ini lah yang patut ada pada setiap orang Islam dan bukannya baru hari ini aku sudah insaf tapi baru sekarang mempunyai kekuatan untuk menyatakan secara bertulis. Seseorang patut merasa insaf secara jujur untuk mendapat keredaanNya kerana tidak perlu kita berpura-pura kerana Allah maha mengentahui apa yang difikirkan oleh setiap manusia walaupun kita boleh menipu insan lain seperti kita.

Aku amat tersentuh setiap kali pulang ke kampung dan mendapati insan yang kita sayang selama ini termasuk ahli keluarga kita telah nampak terlalu berusia lebih-lebih lagi ibu tersayang. Kedutan dan raut wajahnya menceritakan segala-galanya terutamanya bagi aku yang jarang-jarang sekali melihatnya kerana alasan bekerja di luar kawasan yang boleh dikira jauh dari kampung. Adakah hanya orang yang kita lihat sahaja kelihatan dimakan usia sedangkan kita masih muda dan kuat seperti dulu. Semestinya tidak kerana kita leka dengan tugasan seharian sehingga terlupa tentang usia sebenar kita.

Rakan-rakan sepermainan dulu pun dah nampak lebih tua dari kita sendiri walaupun umurnya hampir sebaya. Dulu badannya kelihatan berisi, sekarang dah agak kurus kerana mungkin dah mula dilanda masalah kesihatan dan ada juga yang sebaliknya.

Kita akan lebih terasa bila orang yang kita kenali dan agak rapat telah pergi selama-lamanya mendahului kita membuktikan usia muda bukannya jaminan untuk kita enjoy sepuas-puasnya kerana menganggap ajal itu hanya untuk orang tua sahaja. Usia ibu ku tersayang pun sudah menjangkau 80an tapi masih gagah untuk melangkah walaupun tidak selaju dulu.

Sempena bulan Syawal yang mulia ini aku ucapkan selamat hari raya aidilfitri maaf zahir batin kepada semua kenalan samada bersua secara bersemuka ataupun di alam maya dan semoga kita bersua lagi pada Syawal akan datang kalau diizinkan olehNya.

Sedikit gambar-gambar aidilfitri 2008 lalu








View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net