sydeen's photography
banner-fp2
By: sydeen Personel photoblog

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 5-May-2008 10:37 Email | Share | Bookmark
BERCUTI KE TERENGGANU

Sejak dari awal bulan April lepas hingga sekarang hampir sebulan setengah, banyak masa terluang di hujung minggu dihabiskan bersama keluarga tercinta. Ini disebabkan tiada tempahan fotografi dalam masa berkenaan dan jika ada pun tiada yang betul-betul confirm untuk menggunakan khidmat saya. Jadi masa keemasan ini ditambah dengan cuti 1 Mei saya gunakan sebaiknya untuk pulang ke kampung melawati emak tersayang yang kian dimamah usia.

LAGU KEBANGGAN RAKYAT TERENGGANU

Lagu yang mempromosikan tentang negeri Terengganu yang terkenal dengan keindahan landscap dan pantai yang bersih.

HALIM YAZID - Bangkit Asal part 1


HALIM YAZID - Bangkit Asal Part 2

Walaupun hanya lagu dikir barat tetapi ianya penuh dengan pengajaran untuk mereka yang masih mempunyai ibubapa di kampung.



Pada asalnya saya merancang bersama keluarga untuk pergi berkelah di Port Dickson tetapi telah mengubah rancangan dengan menghala ke Kuantan. Plan b la ni sebab sebelum ni memang ajak kawan join sekali tapi kita hanya merancang, Tuhan menentukan. Dari Melaka, memang saya sengaja mengikuti jalan yang agak jauh iaitu melaui Rompin, Pekan dan Kuantan. Walaupun tanpa dirancang tetapi ianya seronok.



Kebetulan pulak pada 29 April lepas adalah jatuh pada tarikh hari jadi anak sulung saya iaitu Nurul Atiqah yang telah pun masuk ke-9 tahun. Oleh kerana didesak oleh Nurul sejak minggu lepas supaya belikan kek untuknya, hanya hari ini ianya berjaya ditunaikan. Walaupun ala kadar namun Nurul tetap inginkan kek jugak... huhuhu..mama dia yang layan



Bila sampai di Terengganu saya tidak melepaskan peluang untuk berjumpa kawan-kawan dari Photosantai.com yang mana selama ini hanya berkenalan melalui alam maya sahaja. Mereka yang sanggup menjemput saya ialah Azizi yang juga pengasas photosantai, bob, cikgu Tolahah dan Ustaz Azhar. Memang selama ini pun saya sangat berhajat untuk bersemuka, bersembang dengan mereka ini terutama sekali ialah Ustaz yang serba boleh baru sahaja membeli 'gear' baru iaitu Canon 5D.



Walaupun masa yang diperuntukan hanyalah sekejap namun saya puas kerana apa yang dihajati selama ini tercapai. Tidak sampai pun sejam kami bersembang, Ustaz minta diri untuk berlalu kerana ada urusan lain dan zizi pun ajak kami untuk pergi ke Masjid Kristal. Katanya, alang-alang dah sampai, jom kita pergi shoot sunset masjid kristal bersama bob. Lawa jugak masjid tu tapi bila tiba masa magrib saya sembahyang kat umah. Zizi kata masjid tu bukan tempat untuk sembahyang tapi untuk hiasan jer... huhuhu...ngtah la zizi



Kepada yang lain terutamanya geng-geng photog dari Terengganu yang tidak berkesempatan untuk bersua muka, saya harap untuk kesekian kalinya peluang yang ada, insyaAllah kita akan dapat besua juga...Terimakasih juga untuk drAli dari Kuantan kerana sebelum saya balik ke Melaka, kami sempat lagi keluar untuk minum bersama tapi gambar tak ada sebab kamera tak bawak...


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net