sydeen's photography
banner-fp2
By: sydeen Personel photoblog

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 9-Nov-2007 01:39 Email | Share | Bookmark
NILAI SEKEPING GAMBAR

Dalam banyak-banyak perkhidmatan yang diambil oleh pasangan pengantin baru, gambar perkahwinan adalah satu-satunya kenangan yang boleh disimpan untuk seumur hidup yang memberi pelbagai cerita menarik disebalik gambar yang dirakamkan oleh jurugambar. Dengan gambarlah generasi kita akan datang dapat mengentahui sejarah silam mak dan ayah mereka. Bagaimana cara hidup mak ayah mereka sebelum wujudnya jenerasi yang menjadi pewaris keluarga. Gambar berkenaan telah menjadi sejarah penting keluarga yang tidak mungkin dapat diubah untuk tatapan seluruh warga akan datang.

Kebanyakan pengantin baru mungkin tidak menyedari bahawa kepentingan gambar perkahwinan mereka berbanding hiasan pelamin, pakaian pengantin dan lain-lain persediaan yang kelihatan grand dimata. Sepatutnya mereka merenung sejenak, adakah segala persediaan yang dibuat yang memakan masa mungkin berbulan dan menelan belanja beribu-ribu ringgit hanya digunakan selama sehari dua sahaja. Singgahsana yang indah itu akan dirobohkan, pakaian pengantin yang cantik gemerlapan itu akan dipulangkan kepada butik pengantin, khemah-khemah pun akan dipulangkan dan segalanya kembali pada keadaan sediakala. Hanya yang kekal adalah gambar sahaja.

Dan yang lebih menghairankan ramai pasangan pengantin berkata bayaran yang dikenakan untuk merakamkan majlis terpenting mereka tersebut terlalu mahal dan tidak mampu dibayar. Mereka tidak berfikir bahawa hanya gambarlah yang merakamkan segala peristiwa dan persiapan-persiapan lain. Mereka tidak sedar bahawa pelamin indah mereka yang berharga ribuan ringgit hanya bertahan sehari dua sahaja. Mereka lupa bahawa pakaian yang dipakai itu hanya sewaan sahaja yang bukannya murah pun akan dipulangkan! Adakah nilai gambar yang berharga ratusan atau hanya seribu ringgit lebih murah nilainya dari pelamin yang digunakan sehari dua sahaja?
Gambar merakamkan segala peristiwa samada penting atau sebaliknya pada majlis berkenaan dan mampu menterjemahkan seribu makna kepada sesiapa sahaja yang menatapnya. Mungkin jangka hayat gambar lebih panjang dari umur pasangan pengantin itu sendiri jika ia dijaga rapi.

Oleh itu fotografi perkahwinan merupakan perkara wajib yang ditempah oleh pasangan pengantin baru masakini. Tanpa khidmat fotografi samada dari kalangan profesional mahupun partime, seolah-olah majlis perkahwinan berkenaan tidak lengkap. Ada majlis perkahwinan boleh berjalan tanpa paluan kompang, tanpa ada nyayian karaoke, tanpa ada pesilat pengantin yang menghiburkan pengantin dan orang ramai tetapi jika majlis perkahwinan tanpa jurugambar, seolah-olah nampak sesuatu perkara yang tidak kena.
Manakala gambar yang dihasilkan bergantung kepada permintaan pasangan berkenaan. Jika mereka mahukan majlis mereka dirakam dan buat dengan penuh teliti untuk kelihatan cantik, masalah harga bukan menjadi masalah utama. Pasangan pengantin kini sudah pandai menilai hasil kerja seseorang jurugambar dengan membandingkan hasil kerja yang berkualiti tanpa mengambilkira tentang bayaran kerana duit boleh dicari tetapi hasil yang berkualiti tidak akan datang selalu.

Ada seorang kenalan pernah berkata, jika berlaku sesuatu malapetaka seperti kebakaran, banjir dan sebagainya harta utama yang diselamatkan terlebih dahulu adalah gambar dan sijil-sijil. Dokumen ini akan menjadi bukti apa yang telah berlaku pada kita sejak ia mula dirakamkan samada secara bertulis mahupun bentuk bergambar sehinghga kini. Oleh itu gambar merupakan bahan terpenting dari segalanya untuk dijadikan sejarah dan bukti selain dari bahan bertulis sebab sekeping gambar mampu menceritakan seribu makna disebaliknya kejadiannya!


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net