sydeen's photography
banner-fp2
By: sydeen Personel photoblog

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 5-Oct-2007 06:56 Email | Share | Bookmark
JURUGAMBAR PROFESIONAL?

Saya ada dapat pertanyaan dari beberapa orang yang tanya apa maksud sebenar profesional? Siapakah yang layak digelar jurugambar profesional? Satu soalan yang menarik. Tapi, jawapannya amat mudah bagi saya. Profesional ialah orang yang melakukan sesuatu kerja sebagai sumber utama pendapatannya. Kalau anda bekerja dengan mana-mana syarikat sebagai jurugambar, maka anda ialah jurugambar profesional. Kalau anda adalah jurugambar bebas (freelance) dan jadikan bidang ini sebagai punca pendapatan utama, anda adalah jurugambar profesional.

Anda layak digelar profesional kerana anda berani dan cukup bagus untuk menjadikan bidang ini sebagai sumber pendapatan utama. Kalau anda jadi jurugambar secara sepenuh masa, bermakna anda ada komitmen dalam kerjaya anda sebagai jurugambar. Komitmen amat penting dalam menilai kualiti kerja seseorang. Bagi saya, kalau bidang ini dilakukan sebagai part time dan bukan sebagai sumber pendapatan utama, itu bukan profesional.

Tapi, profesional ’sebenar’ mesti ada beberapa kriteria lain juga. Antaranya ialah:

1) Memahami dan mempraktikkan etika kerja sebagai jurugambar. Contohnya, tidak merakam gambar yang menyalahi undang-undang, tidak menggunakan foto untuk menipu dan sebagainya.

2) Benar-benar faham mengenai fotografi dan sentiasa memperbaiki ilmu dan kemahiran fotografi yang ada. Sentiasa berusaha untuk memberikan yang terbaik kepada pelanggan.

Tapi, di Malaysia ni tak ada sesiapa yang mengiktiraf status jurugambar profesional. Sesiapa saja boleh claim diri dia sebagai jurugambar profesional. Saya rasa ini bukanlah satu masalah besar, sebab semuanya terpulang kepada bagaimana cara kita menampilkan diri kita.

Tidak kiralah samada anda buat fotografi secara part time atau full time, apa yang penting adalah hasil kerja anda dan bagaimana pelanggan menilai anda.

petikan
fototeacher.com


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net