sydeen's photography
banner-fp2
By: sydeen Personel photoblog

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 27-Sep-2007 22:47 Email | Share | Bookmark
BULAN

Kalau dah tidak ada keje apa nak buat, bulan pun jadi subjek. Ketika ini lepas sahur tadi dalam pukul 5.30 pagi. Walaupun hanya bulan sahaja tetapi jika direnungkan sejenak, kita akan terfikir kebesaran Allah Taala menjadikan alam semester dengan pelbagai keindahan untuk dihayati oleh umat dan hambanya.

Sebagai manusia pelbagai andaian dan teori boleh dibuat mengenai bulan, tetapi yang maha mengentahui apa yang sebenarnya hanyalah Allah Taala sahaja.



Sedikit informasi mengenai bulan.
Bulan merujuk kepada satu atau lebih jisim yang beredar mengelilingi sebuah planet yang bersaiz lebih besar, dan mereka pula bergerak mengedari bintang. Bulan yang beredar mengelilingi bumi hanya bersaiz satu per empat daripada bumi dan beredar mengelilingi bumi setiap 27.3 hari, pada jarak purata 384,400 kilometer di bawah tarikan graviti bumi. Bulan tidak mempunyai sumber cahaya dan cahaya bulan sebenarnya berasal daripada pantulan cahaya matahari. Bulan mempunyai 1/4 garispusat bumi bersamaan 3,476 kilometer dengan kekuatan graviti hanya 0.16 = (1/6) graviti bumi. Bulan dipercayai berasal daripada asteroid bersaiz Marikh yang menghentam bumi lalu berkecai. Teras asteroid itu terus menghentam bumi, tetapi lapisan luar asteroid terpelanting dan terperangkap dalam orbit mengelilingi bumi lalu membentuk bulan. Ini berdasarkan isipadu bulan yang terlalu ringan berbanding isipadu bumi, iaitu hanya 0.012 berbanding jisim bumi.



Di bulan tidak terdapat udara ataupun air, hanya banyak kawah yang terhasil dari hentaman komet. Ketiadaan udara dan air di bulan menyebabkan hakisan tidak berlaku dan ada di antara kawah di bulan yang berusia berjuta tahun dahulu. Di antara kawah terbesar di bulan adalah Clavius bergaris pusat 230 kilometer dan sedalam 3.6 kilometer. Ketiadaan udara juga menyebabkan tiada bunyi kedengaran di bulan. Bulan dipercayai terbentuk daripada tiga lapisan iaitu teras bulan, lapisan mantel setebal 800 kilometer dan kerak bulan setebal 60 kilometer. Teras bulan dipercayai tidak mempunyai haba seperti bumi, menyebabkan tiadanya pergerakan muka bumi seperti gunung berapi, pergerakan kerak bulan, ataupun gempa bulan. Permukaan bulan yang sama sentiasa menghadap ke bumi setiap masa dan perbezaan suhu bulan adalah antara 100C hingga -155 di bahagian gelap yang tidak menerima cahaya matahari. Kapal angkasa tanpa kendali yang pertama mendarat di bulan adalah dari Russia, Luna 9 pada 3 Februari 1966. Manusia pertama mendarat di bulan adalah Neil Armstrong dari Amerika Syarikat, pada 21 Julai 1969 melalui program Apollo 11.

sumber: wikipedia dan yosri


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net