sydeen's photography
banner-fp2
By: sydeen Personel photoblog

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 19-Sep-2007 03:39 Email | Share | Bookmark
NOSTALGIA 1981

 
 
 
 


Setelah di selongkar album-album lama terjumpa plak gambar time budak-budak dulu. Try jugak cari gambar time kecik tapi tak jumpa. Sebenarnya bila menatap gamabar-gambar lama ni memang terasa sayunya sebab mengenangkan kawan-kawan lama. Apakah mereka sedang buat sekarang dan adakah mereka masih macam kita jugak. Hidup berkeluarga dengan kerja yang sederhana cukup untuk tanggungan keluarga sahaja. Atau ada yang kurang bernasib baik dari kita.

Aku ada dengar cerita bahawa masih ada lagi kawan-kawan kita yang dalam gambar kat atas tu yang masih belum kawin. Apsal ek? Itulah yang dikatakan jodoh dan pertemuan itu tentuan Yang maha Esa. Untuk mencari semula semua kawan-kawan yang terdapat dalam gambar tu bukan satu kerja yang senang walaupun kebanyakkannya tinggal sekampung sebab rata-rata telah berhijrah untuk bekerja di luar.

Tidak kurang jugak bila kita menatap gambar-gambar lama ni boleh mendatangkan keinsafan terhadap diri sendiri. Tidak kiralah insaf mengenai apa jua keadaan pun tapi sekurang-kurang kita akan berfikir sebentar. Apakah yang telah kita lalui dan buat disepanjang gambar ini wujud sehinggalah sekarang. Kalau masa tu umur baru 11 tahun, bayangkan berapa lama masa yang diambil dan pengalaman yang telah dilalui untuk mencapai umur sekarang. Sudah agak matang kalau diukur berdasarkan masa, umur dan pengalaman.



Banyak pengalaman-pengalaman manis dan kelat yang tidak dijangka tetapi terpaksa dilalui dan hanya dicatat dalam memori sahaja. Bila terjumpa je gambar lama ni memori itu datang balik. Mengenangkan muka-muka yang ada dalam gambar tu dan cuba membuat tafsiran sendiri, apakah yang telah mereka lalui sehingga sekarang.

Kepada kenkawan yang tersesat kat blog aku ni dan kebetulan ada pulak muka dalam gambar ni nanti adalah diharapkan supaya hubungi aku. Alah zaman sekarang ni kan dah canggih, pakai le email ke , handphone ke. Kalau kredit dah nak habis tu sms pun tak per. Aku paham, tapi kalau yang dah sedia berhubung tu pun boleh la jugak. Nombor ada kat banner atas tu. Apa?! Tak nampak? Maklum lah semua dah tua, mata pun dah tak berapa nampak dah. Ni ha nombor tepon aku...0139210453 dan email aku sydeen04@yahoo.com ala...bukannya kena pakai setem pun.

Kalau segan nak call sebab mana tau takut salah orang, bolehlah tinggalkan message kat ruangan komen tu. tq

Nah untuk edisi terhad... cuba teka aku yang mana satu? Banyak lagi gambar-gambar nostalgia akan menyusul sebab sekarang tengah scan dan tacap sikit apa yang mampu. ...


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net