sydeen's photography
banner-fp2
By: sydeen Personel photoblog

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 13-Sep-2014 13:20 Email | Share | Bookmark
Apa maksud F-Stop?

Pernahkah anda terdengar 'otai-otai' memberi komen pasal gambar; 'kalu kurangkan 2 stop, mesti cantik gambar ni'' atau 'kena pakai ND400 ni kalu nak layan Long Exposure sebab ia dapat mengurangkan exposure kepada 8-stop' so apakah yang dimaksudkan '2 stop dan 8 stop' itu?

F-Stops adalah unit ukuran mengenai kuantiti cahaya yang memasuki lensa. Ianya berhubungkait dengan bukaan aperture, masa dedahan (shutter speed) dan tetapan nilai ISO. Samalah kita menggunakan perkataan kaki atau meter untuk mengukur jarak. Sebagai contoh, lensa standard yang mempunyai f-numbers yang mewakili saiz bukaan lensa yang berbeza:f/2.8 > f/4 > f/5.6 > f/8 > f/11 > f/16 > f/22. Terdapat perbezaan kuantiti kemasukan cahaya diantara f/2.8 dengan f/4 dikira sebagai 1-stop.

Perbezaan antara f/4 dengan f/5.8 juga dikira sebagai 1-stop dan juga f/8, f/11, f16, f/22 hingga seterusnya.Teori yang sama juga diguna pakai untuk kelajuan shutter. Kebanyakan kamera mempunyai kelajuan shutter dalam lingkungan 30sec sehingga 1/4000sec (bergantung kepada jenis kamera). Sebagai contohnya:1 > 1/2 > 1/4 > 1/8 > 1/16 > 1/30 > 1/60 > 1/125 > 1/250 > 1/500 > 1/1000. Sebagaimana f-number, setiap berubahan menaik atau menurun dikira sebagai 1-stop. Begitulah juga dengan ISO. Sebagai contoh:100 > 200 > 400 > 800 > 1600 > 3200 dan seterusnya.Setiap perubahan pada ISO setting dikira sebagai 1-stop.

Bagaimana nila F-stop ini disukat? Secara perincinya utk menerangkan prihal F-Stop, apakah hubung kait antara aperture dgn f/stop tersebut? Aperture merujuk kepada size pembukaan diafragma lensa yang mengawal jumlah kemasukan cahaya ke medium (filem/sensor gambar) dan f itu merujuk kepada 'focal length' dalam pengiraan nilaian aperture tersebut.


sebagai contoh, kita ada lensa 50mm dengan aperture 4.0, jadi f/4.0 itu merujuk kepada saiz sebenar diameter bukaan diafragma lensa tersebut ialah

f/4.0 = 50mm/4.0 = 12.50mm dia.

dan jika kita buka lagi aperture kepada 2.0, f/2.0 itu mengambarkan saiz diameter semasa itu ialah

f/2.0 = 50mm/2.0 = 25.00mm dia.

Oleh itu perbezaan aperture f/4.0 dengan f/2.0 ialah sebanyak 4 kali kemasukan cahaya dan ianya merujuk kepada luas permukaan diafragma iaitu

untuk f/4.0, luas bukaan ialah (22/7)*(12.5^2)/4 =122.77mm^2

manakala f/2.0, luas bukaanya (22/7)*(25.0^2)/4 =491.07mm^2

iaitu perbezaan sebanyak 2-Stop (2 x gandaan).

Stop dalam istilah fotografi di sini ialah perbezaan nilaian exposure iaitu dalam bentuk gandaan penuh (full-stop) atau gandaan separuh (half-stop) dari jumlah kemasukan cahaya kepada sensor (medium) tersebut. Terdapat beberapa standard Full-Stop yang merujuk kepada nilai aperture iaitu f-numbers;

1, 1.4, 2, 2.8, 4, 5.6, 8, 11, 16, 22, 32, 45, 64

Kesemua setting diatas dibezakan oleh 'one full exposure value' atau 'one full-stop' dan ia mewujudkan satu skala full f-stop. Kesimpulannya apabila kita menutup lens 50mm daripada aperture f/2.0 kepada f/4.0, kita telah menurunkannya kepada 2 full-stop.

Perlu diingatkan juga, kamera dslr hari ini telah menawarkan 2 tambahan skala f-stop selain dari standard full-stop iaitu skala 'half-stop' dan skala 'third-stop', walau bagaimanapun skala 'standard full-stop' ada dikebanyakan kamera dan mudah untuk dihafal dan dipelajari.

skala 'Half-stop Aperature'
1, 1.2, 1.4, 1.7, 2, 2.4, 2.8, 3.3, 4, 4.8, 5.6, 6.7, 8, 9.5, 11, 13, 16, 19, 22

skala 'Third-stop Aperature'
1, 1.1, 1.2, 1.4, 1.6, 1.8, 2, 2.2, 2.5, 2.8, 3.2, 3.5, 4, 4.5, 5.0, 5.6, 6.3, 7.1, 8, 9, 10, 11, 13, 14, 16, 18, 20, 22


so apakah kegunaan atau kepentingan f-stop aperture ni?

Pertama, f-stop atau bukaan apature ini ialah untuk mengawal jumlah cahaya yang masuk ke dalam kamera ketika merakamkan sesuatu gambar. Lebih besar bukaan apature, lebih banyak cahaya yang masuk dan begitu juga sebaliknya..

Kedua, untuk mengawal DOF (depth of field). Salah satu faktor untuk mengawal DOF ialah dengan menggunakan apature setting ini. Lagi besar bukaan apature, lagi tipis DOF dan begitu juga sebaliknya.. apa itu DOF?, nanti kita bincang di lain waktu la ya.. hehehe


Hubungkait F-stop dengan shutter speed

Sebagaimana semua maklum, exposure (dedahan cahaya) amat berkait rapat dengan aperture, shutter speed dan iso. Apa yang ingin dibincangkan sedikit disini adalah apakah hubungkait f/stop dengan aperture dan shutter speed?

Selalunya perbezaan aperture ditandakan dalam 'f/stop', perubahan kelajuan shutter biasanya hanya dipanggil 'stop' atau mungkin nilai dedahan (exposure); contoh selalu orang bercakap pasal slow shutter dan ada juga orang memanggilnya long exposure iaitu melibatkan kelajuan shutter.

Andaikan kita ingin merakam air terjun pada waktu pagi, sebagai contoh dengan ISO 100, set aperture kepada f/16 dan kelajuan shutter yang ditetapkan pada waktu itu ialah 1/8sc dan hasilnya kita akan melihat motion pada air terjun tersebut. Andaikan kita ingin bekukan pergerakan air terjun tersebut dengan ketetapan exposure yang telah digunakan sebelum ini. Apa yang perlu ialah kita tetapkan kelajuan shutter pada kadar yang tinggi.

Dengan mengandaikan kita mengetahui berapa f-stop yang perlu ditambah pada kelajuan shutter tersebut, dengan mudah boleh mengira nilai aperture yang sesuai dengannya. contohnya jika kita meningkatkan kelajuan shutter kepada 1/500sc, yang perbezaan f-stopnya adalah 6-stop, oleh itu ketetapan aperture kita ialah f/2.0

contoh kesalingan aperture vs shutter speed (bukan satu ketetapan umum ni.. contoh sahaja)


Akhir sekali, jika ada kekurangan atau kesilapan info yang dinyatakan, diharap rakan-rakan dapat memberi teguran agar kesilapan itu dapat diperbaiki dan seterusnya dengan sedikit penerangan di atas semoga ianya dapat membantu teman-teman yang lain untuk berlanskap dengan lebih baik lagi


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net