sydeen's photography
banner-fp2
By: sydeen Personel photoblog

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  6  [7]  8  >  >>]    [Archive]
Monday, 29-Oct-2007 02:38 Email | Share | | Bookmark
SKETSA AIDILFITRI 2007

 
 
 
View all 4 photos...
Salam aidilfitri. Raya tahun ni sama jugak dengan raya tahun-tahun lepas iaitu kami bercuti lebih awal ke Terengganu dan sehari sebelum hari raya kami akan berangkat ke Kuantan semula. Nak balik lepas raya semua memang tak berkesempatan la sebab masalah masa cuti. Lagi pun pada hari raya ke dua, saya akan memulakan tugas di Kelantan. Oleh itu kesempatan ini digunakan sebaik mungkin untuk menikmati suasana hari raya. Di sini diletakkan serba sedikit gambar hari raya aidilfitri tahun ni sekadar yang sempat... enjoy!









Selepas 'bergaduh' berebut mercun, pas tu dipaksa untuk bergambar. Jadi beginilah jadinya muka memasing...


Friday, 5-Oct-2007 06:56 Email | Share | | Bookmark
JURUGAMBAR PROFESIONAL?

Saya ada dapat pertanyaan dari beberapa orang yang tanya apa maksud sebenar profesional? Siapakah yang layak digelar jurugambar profesional? Satu soalan yang menarik. Tapi, jawapannya amat mudah bagi saya. Profesional ialah orang yang melakukan sesuatu kerja sebagai sumber utama pendapatannya. Kalau anda bekerja dengan mana-mana syarikat sebagai jurugambar, maka anda ialah jurugambar profesional. Kalau anda adalah jurugambar bebas (freelance) dan jadikan bidang ini sebagai punca pendapatan utama, anda adalah jurugambar profesional.

Anda layak digelar profesional kerana anda berani dan cukup bagus untuk menjadikan bidang ini sebagai sumber pendapatan utama. Kalau anda jadi jurugambar secara sepenuh masa, bermakna anda ada komitmen dalam kerjaya anda sebagai jurugambar. Komitmen amat penting dalam menilai kualiti kerja seseorang. Bagi saya, kalau bidang ini dilakukan sebagai part time dan bukan sebagai sumber pendapatan utama, itu bukan profesional.

Tapi, profesional ’sebenar’ mesti ada beberapa kriteria lain juga. Antaranya ialah:

1) Memahami dan mempraktikkan etika kerja sebagai jurugambar. Contohnya, tidak merakam gambar yang menyalahi undang-undang, tidak menggunakan foto untuk menipu dan sebagainya.

2) Benar-benar faham mengenai fotografi dan sentiasa memperbaiki ilmu dan kemahiran fotografi yang ada. Sentiasa berusaha untuk memberikan yang terbaik kepada pelanggan.

Tapi, di Malaysia ni tak ada sesiapa yang mengiktiraf status jurugambar profesional. Sesiapa saja boleh claim diri dia sebagai jurugambar profesional. Saya rasa ini bukanlah satu masalah besar, sebab semuanya terpulang kepada bagaimana cara kita menampilkan diri kita.

Tidak kiralah samada anda buat fotografi secara part time atau full time, apa yang penting adalah hasil kerja anda dan bagaimana pelanggan menilai anda.

petikan
fototeacher.com


Thursday, 27-Sep-2007 22:47 Email | Share | | Bookmark
BULAN

Kalau dah tidak ada keje apa nak buat, bulan pun jadi subjek. Ketika ini lepas sahur tadi dalam pukul 5.30 pagi. Walaupun hanya bulan sahaja tetapi jika direnungkan sejenak, kita akan terfikir kebesaran Allah Taala menjadikan alam semester dengan pelbagai keindahan untuk dihayati oleh umat dan hambanya.

Sebagai manusia pelbagai andaian dan teori boleh dibuat mengenai bulan, tetapi yang maha mengentahui apa yang sebenarnya hanyalah Allah Taala sahaja.



Sedikit informasi mengenai bulan.
Bulan merujuk kepada satu atau lebih jisim yang beredar mengelilingi sebuah planet yang bersaiz lebih besar, dan mereka pula bergerak mengedari bintang. Bulan yang beredar mengelilingi bumi hanya bersaiz satu per empat daripada bumi dan beredar mengelilingi bumi setiap 27.3 hari, pada jarak purata 384,400 kilometer di bawah tarikan graviti bumi. Bulan tidak mempunyai sumber cahaya dan cahaya bulan sebenarnya berasal daripada pantulan cahaya matahari. Bulan mempunyai 1/4 garispusat bumi bersamaan 3,476 kilometer dengan kekuatan graviti hanya 0.16 = (1/6) graviti bumi. Bulan dipercayai berasal daripada asteroid bersaiz Marikh yang menghentam bumi lalu berkecai. Teras asteroid itu terus menghentam bumi, tetapi lapisan luar asteroid terpelanting dan terperangkap dalam orbit mengelilingi bumi lalu membentuk bulan. Ini berdasarkan isipadu bulan yang terlalu ringan berbanding isipadu bumi, iaitu hanya 0.012 berbanding jisim bumi.



Di bulan tidak terdapat udara ataupun air, hanya banyak kawah yang terhasil dari hentaman komet. Ketiadaan udara dan air di bulan menyebabkan hakisan tidak berlaku dan ada di antara kawah di bulan yang berusia berjuta tahun dahulu. Di antara kawah terbesar di bulan adalah Clavius bergaris pusat 230 kilometer dan sedalam 3.6 kilometer. Ketiadaan udara juga menyebabkan tiada bunyi kedengaran di bulan. Bulan dipercayai terbentuk daripada tiga lapisan iaitu teras bulan, lapisan mantel setebal 800 kilometer dan kerak bulan setebal 60 kilometer. Teras bulan dipercayai tidak mempunyai haba seperti bumi, menyebabkan tiadanya pergerakan muka bumi seperti gunung berapi, pergerakan kerak bulan, ataupun gempa bulan. Permukaan bulan yang sama sentiasa menghadap ke bumi setiap masa dan perbezaan suhu bulan adalah antara 100C hingga -155 di bahagian gelap yang tidak menerima cahaya matahari. Kapal angkasa tanpa kendali yang pertama mendarat di bulan adalah dari Russia, Luna 9 pada 3 Februari 1966. Manusia pertama mendarat di bulan adalah Neil Armstrong dari Amerika Syarikat, pada 21 Julai 1969 melalui program Apollo 11.

sumber: wikipedia dan yosri


Wednesday, 19-Sep-2007 03:39 Email | Share | | Bookmark
NOSTALGIA 1981

 
 
 
View all 4 photos...


Setelah di selongkar album-album lama terjumpa plak gambar time budak-budak dulu. Try jugak cari gambar time kecik tapi tak jumpa. Sebenarnya bila menatap gamabar-gambar lama ni memang terasa sayunya sebab mengenangkan kawan-kawan lama. Apakah mereka sedang buat sekarang dan adakah mereka masih macam kita jugak. Hidup berkeluarga dengan kerja yang sederhana cukup untuk tanggungan keluarga sahaja. Atau ada yang kurang bernasib baik dari kita.

Aku ada dengar cerita bahawa masih ada lagi kawan-kawan kita yang dalam gambar kat atas tu yang masih belum kawin. Apsal ek? Itulah yang dikatakan jodoh dan pertemuan itu tentuan Yang maha Esa. Untuk mencari semula semua kawan-kawan yang terdapat dalam gambar tu bukan satu kerja yang senang walaupun kebanyakkannya tinggal sekampung sebab rata-rata telah berhijrah untuk bekerja di luar.

Tidak kurang jugak bila kita menatap gambar-gambar lama ni boleh mendatangkan keinsafan terhadap diri sendiri. Tidak kiralah insaf mengenai apa jua keadaan pun tapi sekurang-kurang kita akan berfikir sebentar. Apakah yang telah kita lalui dan buat disepanjang gambar ini wujud sehinggalah sekarang. Kalau masa tu umur baru 11 tahun, bayangkan berapa lama masa yang diambil dan pengalaman yang telah dilalui untuk mencapai umur sekarang. Sudah agak matang kalau diukur berdasarkan masa, umur dan pengalaman.



Banyak pengalaman-pengalaman manis dan kelat yang tidak dijangka tetapi terpaksa dilalui dan hanya dicatat dalam memori sahaja. Bila terjumpa je gambar lama ni memori itu datang balik. Mengenangkan muka-muka yang ada dalam gambar tu dan cuba membuat tafsiran sendiri, apakah yang telah mereka lalui sehingga sekarang.

Kepada kenkawan yang tersesat kat blog aku ni dan kebetulan ada pulak muka dalam gambar ni nanti adalah diharapkan supaya hubungi aku. Alah zaman sekarang ni kan dah canggih, pakai le email ke , handphone ke. Kalau kredit dah nak habis tu sms pun tak per. Aku paham, tapi kalau yang dah sedia berhubung tu pun boleh la jugak. Nombor ada kat banner atas tu. Apa?! Tak nampak? Maklum lah semua dah tua, mata pun dah tak berapa nampak dah. Ni ha nombor tepon aku...0139210453 dan email aku sydeen04@yahoo.com ala...bukannya kena pakai setem pun.

Kalau segan nak call sebab mana tau takut salah orang, bolehlah tinggalkan message kat ruangan komen tu. tq

Nah untuk edisi terhad... cuba teka aku yang mana satu? Banyak lagi gambar-gambar nostalgia akan menyusul sebab sekarang tengah scan dan tacap sikit apa yang mampu. ...


Sunday, 9-Sep-2007 02:32 Email | Share | | Bookmark
HARI KELUARGA IKM JASIN (UPDATE)

 
 
Majlis berkenaan di adakan di A'famosa Resort. Pendaftaran bermuila seawal 8.30 pagi di perkarangan pintu masuk. Cuaca agak baik dan harapan semoga terus hingga ke petang. Majlis berkenaan dirasmikan oleh Puan Pengetua, Salmah Hayati bt Ghazali. Namun beliau dan keluarga tidak dapat bersama kerana urusan lain.



Pelbagai acara di buat untuk diraikan bersama keluarga dan bagi mempastikan semua keluarga mendapat bahagian masing-masing. Dikesempatan ini ada antara keluarga mengambil peluang untuk bergambar kenangan dengan ahli keluarga masing-masing.














[<<  <  1  2  3  4  5  6  [7]  8  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net