sydeen's photography
banner-fp2
By: sydeen Personel photoblog

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  [6]  7  8  >  >>]    [Archive]
Sunday, 12-Oct-2008 15:32 Email | Share | | Bookmark
SELAMAT TINGGAL RAMADHAN 2008

Pejam celik, pejam celik Ramadhan dah berlalu disambut dengan Syawal yang seperti biasa meriahnya terutama kanak-kanak dan tidak semua orang dewasa. Setelah ianya berlalu baru ku sedar bahawa bertapa cepatnya masa berlalu dan semestinya usia kita meningkat setiap saat, hari, minggu dan tahun.

Adakah kita perasan atau sedar bahawa dunia kini bergerak amat pantas sehingga kita tidak mampu mengejarnya dan dalam kelekaan itu kita terlupa akan tanggungjawab sebenar kita dijadikan olehNya. Cukupkah bekal kita nanti untuk berhadapan dengan yang Maha Agung dengan soalan-soalan yang bakal ditanya nanti?

Insaf. Perkara ini lah yang patut ada pada setiap orang Islam dan bukannya baru hari ini aku sudah insaf tapi baru sekarang mempunyai kekuatan untuk menyatakan secara bertulis. Seseorang patut merasa insaf secara jujur untuk mendapat keredaanNya kerana tidak perlu kita berpura-pura kerana Allah maha mengentahui apa yang difikirkan oleh setiap manusia walaupun kita boleh menipu insan lain seperti kita.

Aku amat tersentuh setiap kali pulang ke kampung dan mendapati insan yang kita sayang selama ini termasuk ahli keluarga kita telah nampak terlalu berusia lebih-lebih lagi ibu tersayang. Kedutan dan raut wajahnya menceritakan segala-galanya terutamanya bagi aku yang jarang-jarang sekali melihatnya kerana alasan bekerja di luar kawasan yang boleh dikira jauh dari kampung. Adakah hanya orang yang kita lihat sahaja kelihatan dimakan usia sedangkan kita masih muda dan kuat seperti dulu. Semestinya tidak kerana kita leka dengan tugasan seharian sehingga terlupa tentang usia sebenar kita.

Rakan-rakan sepermainan dulu pun dah nampak lebih tua dari kita sendiri walaupun umurnya hampir sebaya. Dulu badannya kelihatan berisi, sekarang dah agak kurus kerana mungkin dah mula dilanda masalah kesihatan dan ada juga yang sebaliknya.

Kita akan lebih terasa bila orang yang kita kenali dan agak rapat telah pergi selama-lamanya mendahului kita membuktikan usia muda bukannya jaminan untuk kita enjoy sepuas-puasnya kerana menganggap ajal itu hanya untuk orang tua sahaja. Usia ibu ku tersayang pun sudah menjangkau 80an tapi masih gagah untuk melangkah walaupun tidak selaju dulu.

Sempena bulan Syawal yang mulia ini aku ucapkan selamat hari raya aidilfitri maaf zahir batin kepada semua kenalan samada bersua secara bersemuka ataupun di alam maya dan semoga kita bersua lagi pada Syawal akan datang kalau diizinkan olehNya.

Sedikit gambar-gambar aidilfitri 2008 lalu








Sunday, 21-Sep-2008 02:03 Email | Share | | Bookmark
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2008



Layan Lagu Raya dulu...






Assalamualikum kepada semua pengunjung blog saya ini dan saya ucapkan selamat meneruskan ibadah puasa dengan sabar kerana Hari lembaran bakal tiba tidak lama lagi.

Kepada meraka yang telah melangsungkan perkahwinan meraka dengan jayanya saya ucapkan selamat menempuh alam rumahtangga yang menyeronokkan ini tapi 'awas' sikit dalam bulan ramadhan ini ok..supaya tidak terlajak untuk bersahur. Kang tak pasal-pasal kena ganti sebulan posa nanti.

Dikesempatan ini juga saya memohon maaf zahir dan batin kepada mereka yang pernah menggunakan khidmat saya kerana mungkin disepanjang saya menjalankan tugas berlaku sedikit sebanyak perkara yang tidak disengajakan kerana maklumlah kita semua ni adalah manusia yang banyak kekurangannya.

Kepada kenalan dan kawan-kawan saya mohon maaf zahir batin dan kalau berkesempatan tu(raya sebulan tau) datang lah ke rumah samada di Melaka, Kuantan atau Terengganu. Hubungi saya terlebih dahulu tau.

Tentang fotografi seperti biasalah, pada bulan puasa ni kamera sedang berehat dalam drybox kerana telah lama bertugas dan inilah masa untuk berehat manakala selepas raya nanti tugas akan menunggu seawal hari raya ke dua...huhu. Dalam bulan puasa ini juga saya mengambil kesempatan untuk menyiapkan editing untuk kesemua album perkahwinan sebelum raya nanti. Kalau tak siap alamak bertambah lagi la kerja tu



Monday, 5-May-2008 10:37 Email | Share | | Bookmark
BERCUTI KE TERENGGANU

Sejak dari awal bulan April lepas hingga sekarang hampir sebulan setengah, banyak masa terluang di hujung minggu dihabiskan bersama keluarga tercinta. Ini disebabkan tiada tempahan fotografi dalam masa berkenaan dan jika ada pun tiada yang betul-betul confirm untuk menggunakan khidmat saya. Jadi masa keemasan ini ditambah dengan cuti 1 Mei saya gunakan sebaiknya untuk pulang ke kampung melawati emak tersayang yang kian dimamah usia.

LAGU KEBANGGAN RAKYAT TERENGGANU

Lagu yang mempromosikan tentang negeri Terengganu yang terkenal dengan keindahan landscap dan pantai yang bersih.

HALIM YAZID - Bangkit Asal part 1


HALIM YAZID - Bangkit Asal Part 2

Walaupun hanya lagu dikir barat tetapi ianya penuh dengan pengajaran untuk mereka yang masih mempunyai ibubapa di kampung.



Pada asalnya saya merancang bersama keluarga untuk pergi berkelah di Port Dickson tetapi telah mengubah rancangan dengan menghala ke Kuantan. Plan b la ni sebab sebelum ni memang ajak kawan join sekali tapi kita hanya merancang, Tuhan menentukan. Dari Melaka, memang saya sengaja mengikuti jalan yang agak jauh iaitu melaui Rompin, Pekan dan Kuantan. Walaupun tanpa dirancang tetapi ianya seronok.



Kebetulan pulak pada 29 April lepas adalah jatuh pada tarikh hari jadi anak sulung saya iaitu Nurul Atiqah yang telah pun masuk ke-9 tahun. Oleh kerana didesak oleh Nurul sejak minggu lepas supaya belikan kek untuknya, hanya hari ini ianya berjaya ditunaikan. Walaupun ala kadar namun Nurul tetap inginkan kek jugak... huhuhu..mama dia yang layan



Bila sampai di Terengganu saya tidak melepaskan peluang untuk berjumpa kawan-kawan dari Photosantai.com yang mana selama ini hanya berkenalan melalui alam maya sahaja. Mereka yang sanggup menjemput saya ialah Azizi yang juga pengasas photosantai, bob, cikgu Tolahah dan Ustaz Azhar. Memang selama ini pun saya sangat berhajat untuk bersemuka, bersembang dengan mereka ini terutama sekali ialah Ustaz yang serba boleh baru sahaja membeli 'gear' baru iaitu Canon 5D.



Walaupun masa yang diperuntukan hanyalah sekejap namun saya puas kerana apa yang dihajati selama ini tercapai. Tidak sampai pun sejam kami bersembang, Ustaz minta diri untuk berlalu kerana ada urusan lain dan zizi pun ajak kami untuk pergi ke Masjid Kristal. Katanya, alang-alang dah sampai, jom kita pergi shoot sunset masjid kristal bersama bob. Lawa jugak masjid tu tapi bila tiba masa magrib saya sembahyang kat umah. Zizi kata masjid tu bukan tempat untuk sembahyang tapi untuk hiasan jer... huhuhu...ngtah la zizi



Kepada yang lain terutamanya geng-geng photog dari Terengganu yang tidak berkesempatan untuk bersua muka, saya harap untuk kesekian kalinya peluang yang ada, insyaAllah kita akan dapat besua juga...Terimakasih juga untuk drAli dari Kuantan kerana sebelum saya balik ke Melaka, kami sempat lagi keluar untuk minum bersama tapi gambar tak ada sebab kamera tak bawak...


Friday, 28-Dec-2007 14:21 Email | Share | | Bookmark
SELAMAT TINGGAL 2007 DAN SELAMAT DATANG 2008...

Sepanjang tahun 2007, terlalu banyak perkara untuk dikenangkan samada yang tidak berapa manis dan yang manis. Sebenarnya tanpa disedari setiap hari kita akan mempelajari sesuatu yang baru mengenai kehidupan. Tidak kiralah samada pembelajaran tersebut baik untuk kita atau sebaliknya. Ini dinamakan pengalaman hidup!...
Sedar tak sedar umur pun sudah meningkat. Bekerja pun tidak boleh selasak dulu kerana ketika itu tenaga masih kuat tapi tak bermakna kita sekarang tersangat tua untuk memikirkan tentang persaraan dari bekerja.

Fotografi perkahwinan juga telah mencapai satu tahap yang boleh dibanggakan kerana sekarang ni boleh dikatakan semua jurugambar menggunakan kamera digital. Bakal pengantin baru sudah pandai menilai gambar mana yang cantik dan sesuai dengan harga yang dibayar. Mereka sanggup berbelanja lebih demi untuk memiliki sebuah custom album yang sedang hangat di pasaran. Bakal pengantin juga semakin gilakan gambar-gambar perkahwinan mereka dirakam diluar kediaman mereka (outdoor). Pada suatu ketika dahulu hanyalah pasangan pengantin berbangsa cina sahaja yang berbuat demikian tapi sekarang trend ini telah menular kepada semua bangsa di Malaysia.

Semestinya gambar yang dirakam di luar kediaman kelihatan cantik ditambah lagi dengan kemahiran jurugambar mengolah suasana. Kebanyakan gambar adalah candid dan bersahaja. Pengantin yang bergambar posing di atas pelamin, bilik tidur dan backdrop sudah jarang dibuat kerana kaedah berkenaan sudah lama berlalu. Zaman kamera filem dahulu. Kerja sebagai jurugambar pun semakin senang tetapi banyak. Apa tidaknya setelah gambar dirakam, gambar berkenaan di edit semula dalam komputer supaya lebih cantik. Pelbagai kaedah editing digunakan dan ada sesetengah jurugambar mengambil masa sehingga berjam-jam untuk mengadap komputer. Tidak terlintas lansung perkara ini boleh berlaku 10 tahun dahulu.

Harga untuk gambar sesebuah perkahwinan sekarang sudah mencapai 4 angka. Pada zaman kamera filem dahulu memang jarang kedengaran untuk tempahan gambar perkahwinan melayu mencapai ribuan ringgit. Tetapi kini biasa. Bakal pengantin tidak teragak-agak untuk membayar kepada jurugambar mereka dengan harga yang mahal, janji gambar mereka cantik dan terkini. Pada pihak jurugambar pula, inilah masa untuk buat duit lebih. Percayakah anda bahawa ada seorang jurugambar perkahwinan berbangsa melayu di Malaysia yang telah bergelar jutawan sejak menceburi industri ini dalam masa tidak sampai 3 tahun. Pada suatu ketika dahulu impian ini hanyalah impian semata-mata.

Jurugambar perkahwinan kini umpama cendawan tumbuh selepas hujan. Terlalu ramai kerana mereka sedar bahawa sekarang adalah peluang keemasan untuk mencari duit tambahan selain dari bekerja tetap. Saingan ini membuatkan semua jurugambar sepenuh masa bekerja terpaksa gandakan lagi usaha mereka untuk sentiasa di hadapan. Tidak dapat dibayangkan 10 tahun akan datang, apakah yang akan berlaku dalam industri gambar perkahwinan di Malaysia. Yang pastinya permintaan untuk gambar perkahwinan ini tidak akan putus selagi manusia berkahwin, beranak dan generasinya akan terus menyambung tradisi ini sampai bila-bila.


-saidin-


Friday, 9-Nov-2007 01:39 Email | Share | | Bookmark
NILAI SEKEPING GAMBAR

Dalam banyak-banyak perkhidmatan yang diambil oleh pasangan pengantin baru, gambar perkahwinan adalah satu-satunya kenangan yang boleh disimpan untuk seumur hidup yang memberi pelbagai cerita menarik disebalik gambar yang dirakamkan oleh jurugambar. Dengan gambarlah generasi kita akan datang dapat mengentahui sejarah silam mak dan ayah mereka. Bagaimana cara hidup mak ayah mereka sebelum wujudnya jenerasi yang menjadi pewaris keluarga. Gambar berkenaan telah menjadi sejarah penting keluarga yang tidak mungkin dapat diubah untuk tatapan seluruh warga akan datang.

Kebanyakan pengantin baru mungkin tidak menyedari bahawa kepentingan gambar perkahwinan mereka berbanding hiasan pelamin, pakaian pengantin dan lain-lain persediaan yang kelihatan grand dimata. Sepatutnya mereka merenung sejenak, adakah segala persediaan yang dibuat yang memakan masa mungkin berbulan dan menelan belanja beribu-ribu ringgit hanya digunakan selama sehari dua sahaja. Singgahsana yang indah itu akan dirobohkan, pakaian pengantin yang cantik gemerlapan itu akan dipulangkan kepada butik pengantin, khemah-khemah pun akan dipulangkan dan segalanya kembali pada keadaan sediakala. Hanya yang kekal adalah gambar sahaja.

Dan yang lebih menghairankan ramai pasangan pengantin berkata bayaran yang dikenakan untuk merakamkan majlis terpenting mereka tersebut terlalu mahal dan tidak mampu dibayar. Mereka tidak berfikir bahawa hanya gambarlah yang merakamkan segala peristiwa dan persiapan-persiapan lain. Mereka tidak sedar bahawa pelamin indah mereka yang berharga ribuan ringgit hanya bertahan sehari dua sahaja. Mereka lupa bahawa pakaian yang dipakai itu hanya sewaan sahaja yang bukannya murah pun akan dipulangkan! Adakah nilai gambar yang berharga ratusan atau hanya seribu ringgit lebih murah nilainya dari pelamin yang digunakan sehari dua sahaja?
Gambar merakamkan segala peristiwa samada penting atau sebaliknya pada majlis berkenaan dan mampu menterjemahkan seribu makna kepada sesiapa sahaja yang menatapnya. Mungkin jangka hayat gambar lebih panjang dari umur pasangan pengantin itu sendiri jika ia dijaga rapi.

Oleh itu fotografi perkahwinan merupakan perkara wajib yang ditempah oleh pasangan pengantin baru masakini. Tanpa khidmat fotografi samada dari kalangan profesional mahupun partime, seolah-olah majlis perkahwinan berkenaan tidak lengkap. Ada majlis perkahwinan boleh berjalan tanpa paluan kompang, tanpa ada nyayian karaoke, tanpa ada pesilat pengantin yang menghiburkan pengantin dan orang ramai tetapi jika majlis perkahwinan tanpa jurugambar, seolah-olah nampak sesuatu perkara yang tidak kena.
Manakala gambar yang dihasilkan bergantung kepada permintaan pasangan berkenaan. Jika mereka mahukan majlis mereka dirakam dan buat dengan penuh teliti untuk kelihatan cantik, masalah harga bukan menjadi masalah utama. Pasangan pengantin kini sudah pandai menilai hasil kerja seseorang jurugambar dengan membandingkan hasil kerja yang berkualiti tanpa mengambilkira tentang bayaran kerana duit boleh dicari tetapi hasil yang berkualiti tidak akan datang selalu.

Ada seorang kenalan pernah berkata, jika berlaku sesuatu malapetaka seperti kebakaran, banjir dan sebagainya harta utama yang diselamatkan terlebih dahulu adalah gambar dan sijil-sijil. Dokumen ini akan menjadi bukti apa yang telah berlaku pada kita sejak ia mula dirakamkan samada secara bertulis mahupun bentuk bergambar sehinghga kini. Oleh itu gambar merupakan bahan terpenting dari segalanya untuk dijadikan sejarah dan bukti selain dari bahan bertulis sebab sekeping gambar mampu menceritakan seribu makna disebaliknya kejadiannya!


[<<  <  1  2  3  4  5  [6]  7  8  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net