sydeen's photography
banner-fp2
By: sydeen Personel photoblog

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  [5]  6  7  8  >  >>]    [Archive]
Sunday, 11-Jan-2009 14:13 Email | Share | | Bookmark
DUNIA MACRO

Sejak mengenali seni fotografi sedari dulu lagi aku sememangnya kagum dengan gambar-gambar berbentuk macro iaitu dunia yang selalu kita abaikan kerana mungkin menganggap ia terpencil dan terlalu biasa. Tapi bagi mereka yang menggemarkan dunia macro sememangnya tidak akan terlepas pandang walaupun sekecil mana objek berkenaan selagi mampu dibadikan menjadi sekeping gambar

Dalam sehari dua ni masa yang selama ini diluangkan untuk fotografi perkahwinan dan membuat editing gambar telah aku gunakan untuk mencuba dunia macro pulak. Tak tau kenapa gambar-gambar ini membuat aku terpegung seketika. Kagum sangat dengan kemampuan sebuah kamera dan keindahan dunia ciptaan Allah Taala ini.



Percubaan pertama gambo jadi potret, percubaan kedua pun masih jadi potret manakala yang ketiga tu ada ala-ala makro sket. Hajat aku nak makrokan mata rimau tu tapi tak jadi..heheheh. kena training lagi la tu. Bubuh tiga cukup la dulu sebab lain kali akan banyak lagi image dari lense makro ini. kang jemu fulak....huhu



Walaupun percubaan pertama ini tidaklah sepertimana yang diharapkan dan mungkin tidak layak dipanggil gambar kategori makro pun namun aku tetap berbangga dengan pencapaian ini. Nak ambik gambo labah-labah mini ni pun mengambil masa hampir setengah jam sampai labah-labah tu nak boring nak posing, belakang aku pun dah naik kebas. Susah jugak nak hasilkan gambo cenggini eh....




Untuk maklumat lanjut, sila call/sms :
013-9210453- saidin,
email: sydeen04@yahoo.com
YM: sydeen04

Jurugambar Perkahwinan | Jurufoto Perkahwinan | Wedding Photographer | Gambar Kahwin | Custom Album | Wedding Anniversary | Melaka | Negeri Sembilan | Malaysia

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Saturday, 3-Jan-2009 13:31 Email | Share | | Bookmark
LIVE FROM BRINCHANG

Sudah agak lama dan mungkin dalam 3-4 tahun kami tidak merasakan suasana bercuti bersama keluarga kerana sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan ditambah pula dengan ruangan masa yang tidak mengizinkan. Oleh kerana masa cuti sekolah kian sampai di penghujungnya, kami seakan tergesa-gesa untuk membawa keluarga untuk bercuti walaupun sekejap kerana ini sahaja masa yang ada serta desakan dari Nurul, Ikhmal & dinda ku tersayang. Tapi di mana?


Dalam masa 24 jam kami membuat keputusan untuk ke tanah tinggi Cameron Highland kerana tempat tu saja yang lain dari yang lain dan mendapat persetujuan sebulat suara..... Dalam pada itu kami sempat jugak mengajak rakan-rakan yang lain, mana tau kalau nak joint skali untuk meriahkan suasana tapi mereka tu nampaknya tak bersedia dengan rancangan tergempar aku ni.........Aksi berkemas semacam orang kena halau dari rumah jer kerana bawak apa yang terlintas di kepala dan kamera pun pakai sony k810i jer..kekeke..gambo pun lawo jugak. Bila plan tergempar maka tempat penginapan kami pun agak tergempar la sebab hanya hotel ni saja yang kosong. Belasah je la


Kebetulan pulak sekarang ni adalah musim tengkujuh maka suhu di atas sana menunjukkan 17 darjah celcius sudah agak sejuk bagi kami yang tinggal dipersekitaran 26 darjah celcius... Nasib baik anak bongsu ku Haikal x buat hal dan nampak macam happy jer...seronok!


Oleh kerana musim hujan, kami agak bernasib baik kerana hanya hujan main-main sahaja ketika ini dan memberi peluang kepada kami untuk berjalan-jalan di sekitar tanah tinggi berkenaan. Sebenarnya ini adalah kali ketiga kami melawati tempat ni kerana sukakan suasana yang damai dan dingin dan amat sesuai membawa keluarga.


Untuk maklumat lanjut, sila call/sms :
013-9210453- saidin,
email: sydeen04@yahoo.com
YM: sydeen04

Jurugambar Perkahwinan | Jurufoto Perkahwinan | Wedding Photographer | Gambar Kahwin | Custom Album | Wedding Anniversary | Melaka | Negeri Sembilan | Malaysia


Tuesday, 18-Nov-2008 04:50 Email | Share | | Bookmark
KISAH SEORANG PHOTOGRAPHER

Sepasang suami isteri sudah lama mencuba utk mendapatkan anak. Setelah mendapatkan nasihat dari doktor, akhirnya mereka bersetuju utk menggunakan kaedah "anak tumpang" atau kata lain, isterinya itu akan menggunakan benih lelaki lain utk mengandung.. Setelah bersetuju dan memilih bakal lelaki yang akan "menyedekahkan" spermanya, maka satu hari..
...berkatalah si suami "Ok sayang.. abang pergi dulu... sebentar lagi lelaki tu akan datang..." (lelaki yang nak dermakan sperma dia) Sambil menunggu kedatangan penderma tersebut, tiba² muncul seorang jurugambar yang kerjanya ambik gambar² bayi.

"Selamat pagi puan.. saya datang utk...." belum sempat habis bercakap, si isteri tadi memotong kata²nya dan berkata "oh ya.. saya memang menunggu awak..""errr ye ke?" kehairanan photographer tu.."kalau macam tu..bagus la..saya dah buat banyak bayi yang istimewa..(maksudny a gambar bayi yang baik la.. )"Itu la yang suami dan saya harapkan.."kata si isteri.." silakan masuk..dan duduk la..

""Hmmm macamana kita nak start???" tanya si isteri setelah beberapaketika. .."Serahkan pada saya puan... saya selalunya buat di bathtub... sekali kat atas sofa.. dan beberapa kali di katil.. kekadang kat
atas lantai diruang tamu saja. itu pun seronok juga..anda mesti suka..." kata lelakitadi menerangkan tempat2 yang sesuai utk diambil gambar..

"Bathtub??? atas lantai...??? Patutlah ianya tak pernah berkesan pada saya dan suami..kami selalu lakukan di bilik tidur saja.. "jelas isteri...."Puan, tak da orang yang boleh gerenti ianya baik setiap kali.. tapi kalau kita pelbagaikan posisi dan saya shoot dari beberapa angle.. saya jamin...anda akan suka dengan resultnya... Si isteri tercengang.. .

"Puan..dlm keja saya nie..seseorang mesti mengambil masa sikit..saya suka berada di luar dan di dalam buat beberapa ketika.. tapi tentu puan tak suka.."Macam saya tak tau???" kata si isteri..Photographer tadi mengeluarkan gambar2 bayi yang sungguh comel dari briefcasenya. .

"Yang ini saya buat masa di atas bus kat London.."Hah!...atas bas????" terkejut si isteri..."Yang kembar ini plak memang tak disangka2.. bila anda tau bahawa memang susah nak bekerjasama ngan emaknya.. " kata photograper tadi..

"Emaknyer susah nak bekerjasama????" tanya si isteri.. "Ya... memang susah.. sehingga saya terpaksa bawa dia ke Hyde Park utk buat keja dengan baik.. orang ramai mengerumuni kami ketika itu..utk melihat dengan jelas apa yang kami lakukan..."

"Di depan public???"terkejut si isteri. "Ya..dah tu..lebih kurang 3 jam baru selesai..emaknya.. menjerit,terpekik. . sehingga saya tak boleh nak concentrate. Bila tupai2 dah datang menghampiri alat saya.. saya terpaksa berhenti melakukannya. . " cerita si Photograper. .

"Awak maksudkan tupai² tu really usik awak punya....alat? ??" tanya si isteri.. "Ya puan... tak per la.. Puan dah bersedia ker.. Saya akan siapkan tripod.... lepas tu kita akan mulakan..

"Tripod????"nak buat aper..??? "tanya si isteri.."Oh..itu utk laraskan alat saya nanti... ianya terlalu besar utk saya pegang lama-lama..

""Errr... puan.???Puan? ?? la..dier pengsan!!


Moralnya: Sila jelaskan tugas anda sebelum kerja-kerja dilakukan


Tuesday, 11-Nov-2008 17:31 Email | Share | | Bookmark
KREATIF TAK TENTU HALA

Tadi saya sempat dengar feedback dari sorang client yang tak berapa puas hati dengan hasil gambar yang dia dapat. Client ni baru kahwin. So, semasa majlis perkahwinan dia baru-baru ini, dia dah hire satu orang photographer. Photographer ni banyak shoot gambar-gambar ala-ala kreatif dengan ‘trend terkini’.

Masalahnya, client ni sudah melepasi usia ‘remaja’ dan jenis yang ada class (Seriously, dia memang ada class). Client macam ni biasanya tak berapa suka gambar yang terrrlalu kreatif dan style gila-gila. Gambar hip hop ni biasanya hanya digemari oleh pengantin remaja. Pengantin yang bukan remaja dan dari golongan pertengahan ke atas, lebih suka gambar standard yang cantik dengan sedikit sentuhan kreatif. Jadi, jurugambar seharusnya tahu, gambar jenis macamana yang boleh tackle hati pengantin.

Kalau shoot gambar kreatif yang berpada-pada, saya rasa, ramai orang boleh terima. Kreatif tu memang bagus. Yang menjadi masalah sekarang ni, gambar kreatif yang dah jadi karya syok sendiri; gambar yang dirakam tanpa memikirkan ‘hati dan perasaan’ orang lain.

Ramai jurugambar sekarang terikut-ikut dengan trend dan pelbagai gaya fotografi. Yang mengikut tu pulak tau tau kenapa dia mengikut. Yang dia tau, dia ikut saja. Orang shoot pakai fish eye lens, dia ikut. Orang shoot low angle, dia ikut. Orang shoot candid, dia ikut.

Nak shoot pakai lens fisheye, kenalah tengok subjek yang sesuai. Bukan semua subjek sesuai dirakam guna lens fisheye. Kalau boleh, janganlah letak muka subjek kat bucu framing sampai kembang muka subjek kita tu dek distortion. Kita sebagai jurugambar memanglah suka efek distortion dan perspective yang unik ni. Tapi, kita kena tanya diri kita, siapa yang bayar kita ambik gambar ni? Dia suka ke apa yang kita suka? Client ni, selalunya dia tak complaint depan-depan kita - maklumlah, orang Melayu penuh dengan sopan santun. Tapi, saya banyak kali dengar client complaint pasal kes gambar herot dan kembang ni. OK, sebelum saya diserang, saya nak buat disclaimer. Kalau ada jurugambar yang memang confirm kata client dia sangat suka gambar muka herot dan kembang - then, go ahead. Janji client suka. Lagi satu, pasal isu distortion ni, saya bercakap untuk wedding photography saja. Bidang fotografi lain seperti fine art, photojournalism dan sebagainya, saya taknak komen pasal distortion. Itu dah tajuk lain.

Lagi satu pasal shooting dari low angle. Shoot dari low angle ni memang dah ada dalam teknik fotografi sejak zaman Tok Kadok lagi. Cuma sekarang ni dah terover popular. Kalau nak shoot low angle tu memanglah boleh. Tapi, kena tengokla jugak kalau-kalau angle tu mencacatkan gambar, terutamanya muka subjek kita. Satu orang client ni complaint kat saya, ada sorang jurugambar ni banyak shoot gambar kahwin dia dari low angle. Kata client ni, lubang hidung dia nampak besar dari low angle. Lubang hidung dia ni dahlah memang besar, shoot pulak dari low angle, memang nampak lubang hidung je la.

Lagi satu complaint yang selalu saya dengar dari client ialah pasal photographer shoot gambar kandid budak-budak. Budak-budak kecik ni memang comel. Tapi, kalau boleh, kena tengok jugak, apa hubungan budak kecik tu dengan pengantin dan samada pengantin suka atau tidak gambar-gambar kandid macam ni. Janganlah main tembak aje - shoot gambar kandid budak-budak ni sampai 50 frame, macam-macam gaya, sampai lupa nak shoot gambar pengantin. Alih-alih, budak tu rupanya anak kepada kawan kepada pakcik kepada jiran kepada mamat yang supply P.A. System kat majlis kahwin tu. Tak ke haru…Gambar budak tu pulak dah dimasukkan dalam custom album, dengan centre spread layout. Double haru…

Minta maaf kalau saya ada menyinggung mana-mana pihak dalam artikel ni. Sekadar berkongsi dan menyampaikan apa yang saya dengar dari pelanggan - untuk kebaikan kita bersama. Apa yang saya tulis, hanya betul bagi pendapat saya dan saya percaya, ada pendapat lain yang betul jugak. Harap anda boleh kongsi pengalaman dan pendapat anda di ruangan komen di bawah ni. Harap tulis secara berhemah.


petikan: fototeacher


Thursday, 23-Oct-2008 16:14 Email | Share | | Bookmark
MAJLIS KONVOKESYEN




Kini sudah kali ke 8 saya mengambil gambar Majlis Konvokesyen IKM. Gambar-gambar lain akan diupdate nanti. Nak siapkan gambo kawin dulu..huhu


[<<  <  1  2  3  4  [5]  6  7  8  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net