sydeen's photography
banner-fp2
By: sydeen Personel photoblog

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  [4]  5  6  7  8  >  >>]    [Archive]
Thursday, 7-Oct-2010 00:10 Email | Share | | Bookmark
Bertindak Bijak Dari Sekarang!

Aku dah banyak bercerita tentang fotografi. Sejak 15 tahun dulu lagi. Sekarang aku nak bercerita tentang emas pulak. Mungkin lepas ni job wedding aku guna dinar.. wakaka... Sebelum tu aku nak update harga emas untu hari ini....


Aku bukan nak promote website publicGold tapi hanya syarikat dia jer yang aku tau ada harga emas versi malaysia terkini. Update setiap 20 minit dengan mengikut pasaran antarabangsa. Ni yang bagusnya bangsa Cini berniaga. Melayu..? Anda pikir ka sendiri. Tambah masalah ada la.. hehe.

Sejak dulu lagi emas ni menjadi komoditi yang paling disukai oleh manusia. Bab ni kena baca sejarah la. Kalau kita menafikannya ia akan menampakkan kejahilan diri sendiri. So gunakan khidmat pakcik google tu sebaiknya. Aku lebih mesra dengan dinar, jadi banyak contoh aku rujuk pada dinar emas.

Contoh: Pada tahun 2001 harga sekeping dinar emas kualiti 916, 4.25 gram ialah RM140.00 sahaja. Harga sekarang.. RM630.00


Memandangkan situasi sekarang harga emas akan terus naik tanpa henti dan had malah lebih cepat dari biasa. kenapa..?
1- Kepercayaan manusia pada duit kertas semakin kurang. kertas tetap kertas dan emas tetap emas. Anda boleh pilih sendiri.
2- Nilai wang kertas semakin susut setiap hari. Ini dipanggil INFLASI
3- Kegunaan emas semakin meluas terutama dalam industri elektronik & komputer
4- Pengeluaran emas dunia semakin berkurangan sedangkan permintaan semakin tinggi
5- Pengentahuan manusia tentang emas semakin bertambah dengan adanya maklumat digital
6- Dunia dah akhir zaman.

Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda "Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan).
Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal.

Emas dan perak adalah wang yang paling stabil di dunia. Lindungilah kekayaan anda dengan menyimpan emas dan perak.

Inflasi sifar selama 1400 tahun.

Harga ayam pada zaman Rasulullah SAW ialah satu dirham; hari ini, 1400 tahun kemudian seekor ayam masih lagi berharga 1 dirham.


Jika anda tak bertindak dari sekarang maka anda hanya mampu melihat saja lepas ni sebab pada tahun 2015 ( 5 tahun lagi ) harga 1 dinar ialah RM1454.00.......


Tuesday, 24-Aug-2010 23:10 Email | Share | | Bookmark
Khasiat Ajaib Durian Belanda


Durian Belanda atau Soursop, buah dari pohon Graviola adalah pembunuh semulajadi sel kanser yang ajaib dengan 10 ribu kali lebih kuat dari pada terapi kemo. Tapi kenapa kita tidak tahu?

Kerana salah satu perusahaan dunia telah menutup rahsia penemuan penyelidikan tentang khasiat buah ini sebaik mungkin, mereka ingin agar dana penyelidikan yang dikeluarkan sangat besar, selama bertahun-tahun, ditambah pula keuntungan yang melimpah dengan cara menjadikan pohon Graviola Sintetis sebagai bahan utama ubat rawatan kanser.

Pohonnya rendah, di Brazil dinamai 'Graviola', di Sepanyol 'Guanabana' bahasa Inggeris dipanggil 'Soursop'. Di Indonesia, dikenali sebagai buah Sirsak manakala di Malaysia dipanggil sebagai Durian Belanda. Buahnya agak besar, kulitnya berduri lembut, isi buah berwarna putih, rasanya masam-masam manis, dimakan dengan cara membuka kulitnya atau dibuat jus.

Khasiat dari buah durian belanda ini memberikan kesan anti tumor / kanser yang sangat kuat, dan terbukti secara perubatan menyembuhkan segala jenis kanser. Selain menyembuhkan kanser, buah ini juga berfungsi sebagai anti bakteria, anti fungus , berkesan melawan berbagai jenis parasit dan cacing, menurunkan tekanan darah tinggi, kemurungan, stress, dan menormalkan kembali sistem saraf yang kurang baik.

Salah satu contoh betapa pentingnya kewujudan Institut Sains Kesihatan bagi orang-orang Amerika adalah kerana institut ini telah membuka tabir rahsia buah ajaib ini. Fakta yang membingungkankan adalah: Jauh dipedalaman hutan Amazon, tumbuh 'pohon ajaib', yang akan merubah cara berfikir anda, doktor anda, dan dunia mengenai proses penyembuhan kanser dan harapan untuk bertahan hidup.

Hasil penyelidikan membuktikan “pohon ajaib” dan buahnya ini :

i) Menyerang sel kanser secara efektif dan semulajadi, TANPA rasa mual, berat badan turun, rambut gugur, seperti yang terjadi pada terapi kemo.

ii) Melindungi sistem kekebalan tubuh dan mencegah dari jangkitan yang mematikan.

iii) Pesakit merasakan lebih kuat, lebih sihat selama proses perawatan / penyembuhan.

iv) Menambah tenaga dan penampilan fizikal semakin bertambah baik.

Sumber berita sangat mengejutkan ini berasal dari salah satu pengeluar farmasi terbesar di Amerika. Buah Graviola telah diuji lebih dari 20 makmal, sejak tahun 1970-an hingga beberapa tahun berikutnya. Hasil ujikaji dari ekstrak (sari) buah ini adalah :

1. Secara berkesan memilih sasaran dan membunuh sel jahat dari 12 jenis kanser yang berbeza, diantaranya kanser : Usus Besar, Payu Dara, Prostat, Paru-Paru dan Pankreas.

2. Daya kerjanya 10,000 kali lebih kuat dalam memperlambatkan pertumbuhan sel kanser dibandingkan dengan Adriamycin dan Terapi Kemo yang biasa digunakan!

3. Tidak seperti terapi kemo, ekstrak buah ini secara selektif hanya memburu dan membunuh sel-sel jahat dan TIDAK membahayakan atau membunuh sel-sel yang sihat.

Penyelidikan telah dilakukan secara ekstensif pada pohon “ajaib” ini,selama bertahun-tahun tapi kenapa kita tidak tahu langsung mengenai hal ini ? Jawabnya adalah : Begitu mudah kesihatan kita, kehidupan kita, dikendalikan oleh yang memiliki wang dan kekuasaan!

Salah satu perusahaan ubat terbesar di Amerika dengan aset jutaan dollar melakukan penyelidikan luar biasa pada pohon Graviola yang tumbuh dihutan Amazon ini. Ternyata beberapa bahagian dari pohon ini : kulit kayu, akar, daun, isi buah dan bijinya, selama berabad-abad lamanya telah menjadi penawar bagi suku Indian di Amerika Selatan untuk menyembuhkan : sakit jantung, asma, masalah berkaitan hati dan rematik. Dengan bukti-bukti ilmiah yang minimum, perusahaan yang mengumpulkan dana dan sumber usaha manusia yang sangat besar bagi tujuan melakukan penyelidikan dan berbagai ujian. Hasilnya sangat menakjubkan. Graviola secara ilmiah telah terbukti sebagai agen pembunuh sel kanser yang berkesan !

Tapi… kisah Graviola hampir berakhir disini. Kenapa?

Dibawah undang-undang persekutuan, sumber bahan semulajadi untuk ubat adalah DILARANG dipatentkan.

Perusahaan menghadapi masalah besar dan mereka berusaha sedaya upaya dengan pembiayaan sangat besar untuk membuat klon tiruan dari Graviola ini agar ianya dapat dipatentkan sehingga dana yang dikeluarkan untuk penyelidikan dan ujian dapat dituntut dan bahkan mengaup keuntungan besar. Tapi usaha ini tidak berhasil kerana Graviola tidak berjaya diklon. Perusahaan gigit jari setelah mengeluarkan dana jutaan dolar untuk usaha penyelidikan mereka.

Ketika mimpi untuk mendapatkan keuntungan besar beransur-ansur pudar, kegiatan penyelidikan juga turut berhenti. Lebih parah lagi, perusahaan menutup projek ini dan memutuskan untuk TIDAK menerbitkan hasil penyelidikan ini.

Beruntunglah, ada salah seorang ilmuwan dari kumpulan penyelidik tidak sanggup melihat kekejaman ini terjadi. Dengan mengorbankan kerjayanya, dia menghubungi sebuah perusahaan yang biasa mengumpulkan bahan-bahan bersumberkan semulajadi dari hutan Amazon untuk penghasilan penawar.

Ketika para pakar penyelidik dari Institut Sains Kesihatan mendengar berita keajaiban Graviola, mereka mulai lakukan usaha penyelidikan. Hasilnya sangat mengejutkan. Graviola terbukti sebagai pohon pembunuh sel kanser yang berkesan.

The National Cancer Institute mulakan penyelidikan ilmiah yang pertama pada tahun 1976. Hasilnya membuktikan bahawa daun dan batang kayu Graviola mampu menyerang dan menghancurkan sel-sel jahat kanser. Sayangnya hasil ini hanya untuk keperluan dalaman dan tidak dihebahkan.

Sejak 1976, Graviola telah terbukti sebagai pembunuh sel kanser yang luar biasa pada ujikaji yang dilakukan oleh 20 makmal bebas yang berbeza.

Satu kajian yang dihasilkan oleh the Journal of Natural Products menyatakan bahawa kajian yang dilakukan oleh Catholic University di Korea Selatan, mendakwa bahawa salah satu unsur kimia yang terkandung di dalam Graviola, mampu memilih, membezakan dan membunuh sel kanser usus besar dengan 10,000 kali lebih kuat berbanding dengan Adriamycin dan terapi kemo!

Sebuah kajian di Purdue University pula membuktikan bahwa daun Graviola mampu membunuh sel kanser secara berkesan, terutama sel kanser: Prostat, Pankreas, dan Paru-paru.

Setelah hampir 7 tahun tidak ada berita mengenai Graviola, akhirnya berita keajaiban ini pecah juga, melalui informasi dari Lembaga-lembaga seperti disebutkan terdahulu.
Kisah lengkap tentang Graviola, dimana memperolehnya, dan bagaimana cara memanfaatkannya, dapat dijumpai dalam Beyond Chemotherapy: New Cancer Killers, Safe as Mother’s milk, sebagai bonus istimewa percuma terbitan Health Sciences Institute. Sekarang anda tahu manfaat durian belanda yang luar biasa ini. Rasanya manis-manis masam begitu menyegarkan. Buah yang 100% semulajadi tanpa sebarang kesan sampingan.

http://norzailina.blogspot.com/2010/04/khasiat-durian-belanda.html


Tuesday, 24-Nov-2009 16:27 Email | Share | | Bookmark
My Toys

Lama x jenguk sini. dari kosong jer baik aku letak gambo kete aku..hehe



Kepada para pengujung blog fotopages saya sekelian adalah dengan ini saya mengumumkan bahawa selepas ini blog saya telah berpindah ke http://www.sydeenphoto.com atau terus ke blog saya http://sydeenphoto.com/blog


Saturday, 3-Oct-2009 04:37 Email | Share | | Bookmark
WANITA DAN KESUBURAN

Kepada para pengujung blog fotopages saya sekelian adalah dengan ini saya mengumumkan bahawa selepas ini blog saya telah berpindah ke http://www.sydeenphoto.com atau terus ke blog saya http://sydeenphoto.com/blog


Secara umumnya wanita subur sebaik sahaja dia mencapai akil baligh iaitu apabila haid pertamanya keluar. Biasanya kanak-kanak perempuan mencapai akil baligh dalam lingkungan umur 12 tahun.

Lumrahnya, bagi seorang wanita, tempoh kesuburan berlangsung sehingga seseorang wanita mencecah umur 48 tahun iaitu sehingga berlaku putus haid (monopaus). Oleh itu dalam jangkamasa 36 tahun waktu subur tersebut, bagi wanita yang berumahtangga akan mengalami beberapa kali kehamilan dan kelahiran.

Kesuburan seseorang wanita berkait dengan keupayaan mengeluarkan telur atau benihnya. Benih perempuan akan keluar sekali dalam satu pusingan haid dan pada waktu tertentu sahaja.

Terdapat beberapa cara atau kaedah bagi menentukan seseorang wanita itu mengeluarkan benih atau tidak dan bilakah masanya benih tersebut keluar. Waktu mengeluarkan benih inilah waktu subur atau pun disebut sebagai fertile period.

Oleh itu bagi pasangan yang inginkan cahaya mata, inilah masa yang sesuai untuk melakukan hubungan seksual atau persetubuhan atau sebaliknya elakkan hubungan bagi yang merancang untuk tidak ingin hamil.

Waktu subur boleh dikenalpasti sendiri melalui:

1. Pusingan Haid (menstruasi):

Bagi seseorang wanita yang mempunyai pusingan haid yang teratur setiap bulan biasanya subur. Pegeluaran benih akan berlaku pada hari ke-13 atau 14 (dikira dari hari pertama darah haid keluar).

Satu pusingan haid - ianya dikira dari hari pertama keluar haid hinggalah sehari sebelum haid datang semula. Ianya meliputi jangka masa 28 ke 30 hari.

Oleh yang demikian adalah penting bagi setiap wanita yang inginkan cahaya mata senantiasa merekod tarikh bagi keluaran haid dalam buku catatan khas - yang mengandungi carta suhu badan.

Selain itu ada beberapa tanda yang biasanya berlaku pada masa keluaran benih seperti ada rasa sakit atau senak dibahagian bawah perut dan pengeluaran lendir yang berlebihan dari kemaluan. Kadangkala lendir ini berwarna coklat, jernih dan mudah dijalurkan atau stretchable dan rupanya seperti putih telur mentah. Sebaik sahaja lendir keluar, lendir bertukar bentuk menjadi lebih kesat dan pekat.

2. Catatan Suhu Badan:

Catatan suhu perlu dilakukan dengan menggunakan jangka suhu atau thermometer khas yang digelar “ovulation thermometer”. Catatan suhu badan ini perlu dilakukan sebaik sahaja bangun dari tidur (sebelum mandi). Persediaan awal perlu dilakukan pada malam sebelumnya iaitu dengan menggoncangkan thermometer supaya tanda raksa akan turun ke paras yang paling rendah. Apabila hendak mengambil suhu badan, thermometer tersebut perlu dimasukkan ke dalam mulut selama dua atau tiga minit. Catatan suhu badan ini sepatutnya dilakukan setiap hari kecuali pada masa datang haid.

Biasanya suhu badan akan turun sedikit pada hari pengeluaran benih dan sejurus kemudian ianya akan meningkat naik sebanyak 0.2 darjah celcius dan kenaikan suhu badan ini akan berlarutan sekurang-kurangnya 10 hari atau lebih. Sekiranya bentuk carta sedemikian tidak diperolehi maka seseorang wanita itu mungkin alami masalah tidak mengeluarkan benih dan seterusnya tidak boleh hamil.

Bagi seseorang wanita yang mengalami masalah gangguan haid tidak teratur atau kesukaran untuk hamil maka anda digalakkan menemui Dr. Sakit puan dan kemungkinan akan menjalani ujian-ujian berikut:

1. Ujian Darah:

Ujian darah untuk mengesan paras hormon boleh juga digunakan untuk menentukan wanita itu keluar benih atau tidak. Sukatan paras hormon progesterone dilakukan pada hari ke-21 hingga 25 dalam pusingan haid. Manakala bagi wanita yang pusingan haid mereka tidak teratur seperti datang haid sekali dalam tiga bulan ataupun sekali dalam enam bulan, biasanya tidak subur kerana benih tidak keluar dengan teratur. Dalam hal demikian beberapa ujian perlu dilakukan untuk mengesan punca masalah tersebut. Antara ujian yang penting ialah menyukat paras hormon dalam aliran darahnya seperti hormon gonadotrofin (FSH, LH) dan prolaktin.

2. Ujian D & C:

Ujian D & C selalunya dilakukan oleh doktor kepada wanita yang mengalami masalah kurang subur. Ia merupakan tatacara pembedahan kecil di mana saluran pangkal rahim wanita itu dikembangkan. Proses ini digelar dilatation. Ruang rahim kemudian dikikis dengan alat tajam yang digelar curettage. Tatacara ini memberi manfaat kepada sesetengah wanita yang pangkal rahim mereka sempit dan ini mungkin memudahkan perjalanan benih lelaki ke dalam sistem peranakan.

Melalui proses mengikis ruang rahim ini juga membantu doktor mengeluarkan tisu yang tidak normal untuk membolehkan kehamilan berlaku.

Sesetengah doktor melakukan insufflation iaitu memancutkan air berwarna ke dalam saluran peranakan ketika melakukan D & C itu. Tatacara ini bertujuan untuk menguji sama ada salur fallopian terbuka atau tersumbat dengan melihat pengaliran air yang dipancutkan itu. Ujian ini jarang dilakukan pada masa sekarang kerana seringkali ia tidak memberi kepastian mengenai keadaan saluran peranakan tersebut.

Prosedur ini secara tidak langsung juga dapat membantu doktor mengenalpasti samada seseorang wanita itu boleh mengeluarkan benih ataupun tidak.

3. Pemeriksaan Fizikal:

Bahagian tubuh badan wanita yang patut diperiksa termasuklah:

1. Buah dada
2. Kilang tiroid pada leher
3. Sistem peranakan.

Pemeriksaan leher adalah bertujuan untuk mengesan ketumbuhan pada kilang tiroid yang biasanya boleh mengeluarkan hormon tiroksina berlebihan dan seterusnya mengganggu pengeluaran benih.

Pemeriksaan buah dada pula bertujuan untuk mengesan ketumbuhan dan pengeluaran air susu kerana jika keadaan ini berlaku ada kemungkinan imbangan hormon dalam darah wanita itu terganggu. Mungkin paras hormon prolaktin tinggi dan ini mengganggu pengeluaran benih perempuan.

Pemeriksaan sistem peranakan ini adalah sangat penting untuk menentukan sama ada sistem peranakan seseorang wanita itu normal atau tidak. Sistem ini melibatkan faraj, pangkal rahim, saluran peranakan dan kilang ovari. Berbagai-bagai cara digunakan untuk memeriksa dan menilai system peranakan ini. Biasanya setelah doktor memeriksa kemaluan dan peranakan seseorang wanita itu, dia dapat menentukan secara kasar sama ada sistem peranakannya normal ataupun tidak.

4. Pemeriksaan Laparoskopi:

Ia merupakan pemeriksaan untuk melihat secara terus ke dalam perut wanita melalui sejenis teropong yang digelar laparoskop. Teropong ini dimasukkan melalui satu hirisan sepanjang setengah inci di bawah pusat. Menerusi teropong ini doktor boleh melihat keadaan ovari, salur fallopian dan sekeliling rahim. Jika terdapat sesuatu penyakit yang menimbulkan masalah bagi kesuburan wanita, rawatan yang sewajarnya perlu diberi.

Pemeriksaan laparoskopi ini juga sangat penting kerana memang terdapat penyakit seperti ketumbuhan dan jangkitan kuman yang tidak memberi sebarang tanda, boleh dikesan melalui teropong tersebut. Antara jenis penyakit yang selalu tumbuh ialah sejenis ketumbuhan yang digelar endometriosis. Penyakit ini kerapkali mengganggu pengeluaran benih dan ia juga menyekat saluran peranakan. Menurut kajian Dr. Hamid Arshat Pakar, iaitu Pakar Sakit Puan yang terkenal di negara kita, kejadian penyakit ini kini kian meningkat. Ini mungkin disebabkan oleh lebih ramai wanita zaman sekarang yang melambatkan perkahwinan ataupun menangguhkan kehamilan dan kelahiran anak.

Selain itu juga wanita yang pernah mengalami keguguran sama ada secara sengaja atau tidak, kerapkali juga dijangkiti oleh kuman khususnya pada bahagian saluran peranakan. Saluran peranakan boleh rosak dan tersumbat. Ketumbuhan juga boleh berlaku pada kilang ovari dan ini boleh mengganggu pengeluaran benih.

Sesetengah penyakit yang dikesan ketika pemeriksaan `laparoskopi’ dirawat pada masa itu juga tetapi ini adalah terhad. Kadangkala, rawatan selanjutnya perlu dilakukan dengan satu pembedahan besar untuk mengatasi masalah saluran tersumbat ataupun untuk mengeluarkan ketumbuhan pada rahim atau ovari.

5. Ujian Hysterosalpingogram (X-Ray)

Ia merupakan ujian yangn dilakukan pada seseorang wanita yang dikesan saluran peranakannya tersumbat. Prosedur ujian ini khusus untuk melihat ruang rahim dan juga saluran peranakan menerusi gambar X-ray. Sebelum gambar X-ray diambil, satu jenis cecair khas atau contrast medium disuntikkan ke dalam pangkal rahim dan selepas itu beberapa gambar X-ray diambil. Ujian ini biasanya dilakukan sebaik sahaja berhenti darah haid tetapi sebelum waktu subur. X-ray yang dilakukan selepas waktu subur dikhuatiri akan memberi kesan buruk kepada bayi sekiranya berlaku kehamilan akibat terdedah kepada bahangan atau sinar X-ray.

SUMBER
http://www.sabahdaily.com/2009/10/wanita-dan-kesuburan/


Thursday, 29-Jan-2009 06:10 Email | Share | | Bookmark
MY NEW WEBSITE


Salam.
Kepada para pengujung blog fotopages saya sekelian adalah dengan ini saya mengumumkan bahawa selepas ini blog saya telah berpindah ke http://www.sydeenphoto.com atau terus ke blog saya http://sydeenphoto.com/blog
Manakala blog fotopages saya ini akan tinggalkan secara berperingkat-peringkat sebagai kenangan sejak saya menggunakan dari 2005 lagi.

sekian...

PAPER BAG KONVOKESYEN IKM 09

BAHAGAIAN DEPAN

BAHAGAIAN BELAKANG




[<<  <  1  2  3  [4]  5  6  7  8  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net