sydeen's photography
banner-fp2
By: sydeen Personel photoblog

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  [3]  4  5  6  7  8  >  >>]    [Archive]
Tuesday, 10-May-2011 22:53 Email | Share | | Bookmark
Jenis Gambar & Konsep

Ambil saja apa jua gambar yang menarik minat anda kerana image yang menarik dan bermutu bukannya datangnya dari sesuatu yang mahal dan susah didapati tapi ini semua adalah dari daya kretiviti kita. Jika diperhatikan, banyak barangan dalam rumah kita boleh dijadikan subjek. Gambar perkahwinan pun boleh.

Contoh Gambar Perkahwinan tapi dalam bentuk closeup

Konsep:
Terpenting! Pastikan gambar yang kita jual itu ada pembelinya. Bagaimama? Kita hendaklah berfikir sebagai pembeli, pereka grafik dan iklan. Setiap gambar yang kita ambil hendaklah mempunyai konsep dan ada kormesil value. Gambar sejenis medium paling penting untuk menyampaikan sesuatu mesej. Zaman teknologi kini hampir semua aktiviti seharian manusia memerlukan gambar menyampaikan sesuatu kepada orang lain sebagai cara berhubung samada pembelajaran, pekerjaan, hiburan, kesihatan bahaya dan banyak lagi. Untuk rujukan sila tengok contoh gambar di website yang diberi di atas. Boleh dikatakan semua gambar ada kormesil value jika kita pandai letak pada tempatnya dan menepati kreterianya.

Konsep Muslimah.
Di pasaran dunia sekarang konsep muslimah (bertudung) kian mendapat tempat kerana masyarakat dunia sekarang semakin menjurus kepada iklan yang lebih berdisiplin dan moden. Terdapat sangat banyak gambar-gambar yang biasa (tidak bertudung) dihasilkan oleh jurugambar barat khasnya. Oleh itu kita sebagai negara manjoriti beragama Islam seeloknya menggunakan peluang ini untuk berkarya.

Gambar muslimah amat kurang dalam sistem jika dibandingkan dari jumlah gambar yang ada iaitu 17 juta image. Ianya tak sampai pun 5%.














Bersambung


Sunday, 24-Apr-2011 10:48 Email | Share | | Bookmark
(Stockphoto)Bagaimana Nak Mula?

Internet mesti lah sepenuh masa kerana segala urusan jual beli, rujukan dan bayaran adalah secara online. Jangan harapkan caber cafe kerana masa anda mengakses internet adalah panjang manakala broadband masih boleh digunakan.

Remote Helicopter

Kamera
Semua kamera yang mempunyai megapixle 2.5 ke atas boleh digunakan termasuk PNS dan dari pelbagai jenama. Oleh itu bab kamera bukan isu utama. Lens pun kita gunakan apa yang standard sahaja (kit lens) janji gambar yang dihasilkan adalah superb! Tak guna kamera harga ribu-ribu tapi hasilnya sampah!

Welder Work

Jenis gambar
Ambil saja apa jua gambar yang menarik minat anda kerana image yang menarik dan bermutu bukannya datangnya dari sesuatu yang mahal dan susah didapati tapi ini semua adalah dari daya kretiviti kita. Jika diperhatikan, banyak barangan dalam rumah kita boleh dijadikan subjek. Gambar perkahwinan pun boleh.

Landscape

Konsep:
Terpenting! Pastikan gambar yang kita jual itu ada pembelinya. Bagaimama? Kita hendaklah berfikir sebagai pembeli, pereka grafik dan iklan. Setiap gambar yang kita ambil hendaklah mempunyai konsep dan ada kormesil value. Gambar sejenis medium paling penting untuk menyampaikan sesuatu mesej. Zaman teknologi kini hampir semua aktiviti seharian manusia memerlukan gambar menyampaikan sesuatu kepada orang lain sebagai cara berhubung samada pembelajaran, pekerjaan, hiburan, kesihatan bahaya dan banyak lagi. Untuk rujukan sila tengok contoh gambar di website yang diberi di atas. Boleh dikatakan semua gambar ada kormesil value jika kita pandai letak pada tempatnya dan menepati kreterianya. Sebagai contoh seperti gambar di bawah.

Lanscape (sunset atau sunrise)


Landscape (light HDR)


Landscape (Normal seascape)


Oudoor activities (sillhoutte)


Object (still life)

Dan banyak lagi.... to be continue...


Sunday, 27-Mar-2011 03:49 Email | Share | | Bookmark
KENAPA STOCKPHOTO

Zaman teknologi kini terlalu ramai dikalangan kita mempunyai DSLR dan banyak juga yang ‘bazirkan’ shuttercount tanpa sebarang manfaat kewangan selain nafsu fotografi semata-mata. Selain itu kita boleh menjana pendapatan tambahan yang agak lumayan dan boleh memantapkan skill fotografi kita setaraf profesional. Yes, hasil setaraf pro walaupun gear anda basic saja. Lagi pun ramai dikalangan kita hanya bertumpukan pada gambar perkahwinan sahaja seterusnya berlaku lambakan jurugambar di pasaran sekarang. Persaingan untuk mendapatkan job agak sengit dengan harga yang semakin teruk. Sebenarnya cabang fotografi adalah amat luas, jadi mari kita terokainya. Kalau kita rasakan gambar kita cantik, mari kita jual dari kita paparkan di blog atau forum-forum dengan hanya menunggu pujian dari rakan-rakan. Biar pelangan yang tentukan.
Bila gambar kita berada dalam sistem (stockphoto), orang yang perlukan gambar tersebut akan membelinya dan selama itu lah kita akan mendapat royalty. Sampai bila? Selagi gambar itu berada di situ. Mungkin ianya sebagai dana pencen yang boleh dimanfaatkan oleh anak cucu kita nanti. Kemungkinan adalah tinggi jika dalam masa 20 tahun lagi harga gambar berkenaan akan meningkat berpuluh kali ganda dari harga sekarang. Jadi kita hanya wasiatkan password dan ajar bagaimana nak claim duit kepada generasi kita nanti.

p/s: credit utk mypokcik

Kategori Macro / Nature










Bersambung & enjoY


Tuesday, 22-Feb-2011 13:31 Email | Share | | Bookmark
Outing ke Taman Negara Johor Melaka (Air Terjun Asahan)

Sudah agak lama aku tak update blog fotografi ni sejak menumpukan sepenuhnya kepada ‘kerjaya’ baru iaitu EMAS. Sila ke sini http://sydeen04.blogspot.com/ Ya, sebenarnya tarikan aura logam mulia ini agak mengujakan lebih-lebih lagi ia boleh mendatangkan hasil yang agak lumayan berbanding fotografi sejak akhir-akhir ini. Walau bagaimanapun aku sebolehnya hanya nak bercerita tentang foto sahaja kat sini… kalau nak tau tentang emas sila ke SINI http://sydeen04.blogspot.com/

Dalam pada tu boleh dikatakan hampir setiap minggu aku dan kenkawan mengadakan outing fotografi untuk stock. Aktiviti kami semakin rancak bila Azhar sudah melepasi kelayakan untuk menjadi dealer Shutterstock. Nampaknya aku tak berkeseorangan sekarang dalam bab ni. Tahniah bro & welkam to the club.
Minggu lepas aktiviti kami ialah menerokai Hutan Simpan Taman Negara Johor iaitu air terjun Asahan yang bertempat di sempadan negeri Melaka Johor. Sudah beberapa kali kami ke sini untuk shoot macro dan slow shutter fotografi. Hasilnya memang mengujakan sambil mengajar kawan baru Rashidi menggunakan kamera baru beliau.


Group foto dulu... haha



Jumper Spider: Boleh dikatakan subjek wajib setiap kali outing. Kat sini semuannya besar-besar. Penuh frame...


Keadaan hutannya masih belum terusik dan airnya yang jernih.


Spider lagi. Banyak subjek lain tapi spider jugak yang best.


Slow shutter: Sekarang memang dah musim dan trend. Boleh dikatakan 90% mereka yang hobi fotografi layan slow shutter... best jugak.. hehe. Tapi kena ada ND filter atau CPL filter untuk gelapkan suasana.



Wednesday, 10-Nov-2010 23:14 Email | Share | | Bookmark
APA ITU STOCPHOTO

Stockphoto adalah tempat simpanan atau store gambar-gambar yang boleh dibeli secara online. Gambar yang terdapat di dalam sistem adalah yang berkualiti tinggi dengan saiz dari 2.5mp hingga berpuluh megapixle (setiap stockphoto berbeza) bergantung pada saiz sensor sesebuah kamera. Konsep jualan gambar ini ialah mereka akan memberi royalty berterusan kepada kita (tuan punya gambar) selagi gambar berkenaan berada dalam sistem mereka. Royalty ini akan berterusan dan boleh dipindah milik kepada generasi kita seperti anak dan sebagainya. Jumlah royalty berkenaan adalah ditetapkan oleh mereka (pihak stockphoto).

Jadi ini adalah gambar-gambar yang dah hampir setahun diperam dalam hardisk dan telah diupload ke stock photo. FOR SALE! nanti aku upload lagi


Cactus Cameroh Highland




Pantai Kemasik, Kerteh




Merak


Ladang teh cameron Highland


Petik daun teh


Strawberry farm


Do Not Disturb!


Jom tea O


[<<  <  1  2  [3]  4  5  6  7  8  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net